saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 17/03/2013

PVR: Jangan salah guna kuasa

IPOH 16 Mac - Anggota Polis Sukarelawan Simpanan (PVR) diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, PVR tidak diberikan kuasa untuk melaksanakan undang-undang, sebaliknya mereka hanya membantu pihak polis membanteras jenayah.

"Saya ingatkan, PVR adalah pasukan yang membantu tugas polis mengurangkan kadar jenayah. Tetapi mereka ini tidak diberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang.

"Jadi saya harap tiada anggota yang bertindak lebih daripada bidang kuasa yang diberikan. Saya tidak mahu imej PVR jatuh kerana perkara-perkara yang tidak diingini," katanya selepas Majlis Pelantikan PVR Perak di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Mohd. Shukri turut mengingatkan anggota PVR supaya tidak menjalankan tugas kerana bayaran elaun semata-mata, sebaliknya memikul tanggungjawab yang diberi sebagai satu amanah.

Jelas beliau, selaras dengan peranan memperkasa peranan PVR, bermula pada 1 Januari 2012, bayaran elaun untuk pegawai dinaikkan daripada RM6 kepada RM7.80 manakala bagi anggota pangkat rendah pula daripada RM4 kepada RM6 setiap jam.

Menjelaskan mengenai pelantikan PVR pula ujar Mohd. Shukri, satu eksesais pengambilan PVR Perak telah dilaksanakan pada Disember tahun lalu dan seramai 1,357 calon telah berjaya melalui proses pemeriksaan fizikal dan temuduga.

Daripada jumlah tersebut katanya, 793 telah menjalani Latihan Asas Kepolisan di Pusat Latihan Polis, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor dan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Hulu Kinta, Perak.

"Seramai 564 orang lagi sedang menunggu giliran untuk menjalani latihan asas ini. Setakat ini kita ada 282 anggota PVR daripada pelbagai pangkat.

"Keseluruhan nanti akan menjadikan anggota PVR Perak seramai 1,075 orang. Tugas mereka adalah membuat kawalan dan rondaan di kawasan-kawasan tertentu untuk memerangi jenayah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.