saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 19/03/2013

11 sekolah lulus penuh 100% dalam STPM 2012

ALOR SETAR 18 Mac - Sebanyak 11 buah sekolah, termasuk lima sekolah di luar bandar di negeri ini berjaya mencapai kelulusan penuh 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Mansor Lat berkata, sekolah luar bandar tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Serai, SMK Hosba Jitra, SMK Aman Jaya Sungai Petani, SMK Sungai Limau Yan dan SMK Agama Sik.

Menurutnya, sekolah di bandar yang mencapai kelulusan 100 peratus pula ialah SMK Ibrahim, Sungai Petani; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sin Min Sungai Petani; SMK Sultan Badlishah, Kulim; SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar; SMK Agama Kedah dan SMJK Keat Hwa Alor Setar.

"Bagaimanapun, bagi peratus calon yang mendapat lulus penuh sedikit menurun iaitu sebanyak 93.79 peratus pada 2012 berbanding 94.29 peratus pada 2011.

"Namun, pencapaian minimum Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Kedah menunjukkan peningkatan pada 2012 apabila mencatatkan ialah 2.34 daripada 3,658 calon yang hadir berbanding 2.30 pada tahun sebelumnya," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 22 calon STPM 2012 pula berjaya memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Katanya, mereka merupakan calon dari SMK Mahsuri Langkawi, SMK Jitra, Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar, SMJK Keat Hwa Alor Setar, SMK Naka, SMK Khir Johari Sungai Petani, SMJK Sin Min Sungai Petani, SMK Yan, SMK Baling, SMK Kulim, SMK Pendang dan SMJK Chio Min, Kulim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.