saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 20/03/2013

Anak penebar roti canai pelajar cemerlang STPM

Abdul Rashid Kasim dan S. Sharannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri menunjukkan slip keputusan mereka di Langkawi semalam.

LANGKAWI 19 Mac - Cita-cita anak kepada seorang penebar roti canai, Abdul Rashid Kasim, 20, untuk bergelar pakar ekonomi suatu hari nanti semakin cerah apabila beliau muncul sebagai pelajar terbaik Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri itu adalah antara dua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 4A daripada keseluruhan 143 calon STPM 2012 daerah ini.

Rashid berkata, selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memang memilih untuk menduduki peperiksaan STPM berbanding menyambung pelajaran terus ke institusi pengajian tinggi seperti rakan-rakannya.

"Saya memang tekad untuk menduduki peperiksaan STPM di sini walaupun menerima banyak tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi selepas SPM.

"Walaupun agak sukar, tetapi dengan usaha yang gigih saya yakin saya akan menemui kejayaan di sini," katanya selepas mengambil slip keputusan STPM di pekarangan SMK Mahsuri di sini semalam.

Abdul Rashid yang bercita-cita bergelar pakar ekonomi berkata, dia terhutang budi kepada ahli keluarga serta guru-guru yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar bagi membantunya dalam pelajaran.

Beliau yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM), memperoleh A dalam mata pelajaran Ekonomi, Sejarah, Pengajian Am dan Geografi.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang memperoleh keputusan 4A di Langkawi ialah S. Sharannya, 20.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.