saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 07/05/2013

Ahmad tak pernah putus asa

ALOR SETAR 6 Mei - Sikap tidak pernah berputus asa dalam memenangi hati pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada menjadi antara penyumbang kejayaan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Lebai Sudin (gambar) merampas kerusi itu daripada Pas.

Ahmad berkata, kerja kuat secara berterusan membantu penduduk di Bukit Lada membolehkan beliau diterima oleh pengundi di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya kerja keras tanpa kenal putus asa dalam membantu penduduk sejak dulu hingga ke hari ini dan itu membuatkan saya diterima pengundi di sini.

"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan saya yakin satu hari nanti kawasan ini akan menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya selepas menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Semalam, Ahmad berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,324 undi.

Beliau memperoleh 12,664 undi manakala calon Pas yang juga penyandang kerusi tersebut, Ahmad Izzat Mohammad Shauki memperoleh 11,340 undi.

Menurut Ahmad, beliau juga melihat kejayaan merampas kerusi DUN tersebut daripada Pas sebagai petanda awal bahawa kawasan tersebut tidak lagi menjadi kubu kuat Pas.

"Semalam, Datuk Mahfuz Omar (Pas) yang telah menang di kerusi Parlimen Pokok Sena cuba melakukan provokasi terhadap saya dengan menyatakan bahawa dia menang di kerusi tersebut atas bantuan orang saya.

"Dia memang berniat jahat dan saya berazam untuk kalahkan dia dalam pilihan raya satu hari nanti untuk buktikan bahawa BN mampu rampas kembali kawasan ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.