saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 24/07/2013

12 sekolah swasta bertaraf lima, empat bintang

PULAU PINANG 23 Julai - Sebanyak 12 sekolah swasta di negeri ini menerima Anugerah Standard Kualiti Pendidikan Swasta (Skip) dari Jabatan Pelajaran negeri setelah berjaya diiktiraf bertaraf lima dan empat bintang.

Pengarah Pendidikan negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, melalui pengiktirafan itu, pihaknya berharap dapat membantu dalam menaikkan institusi pendidikan swasta seiring dengan hasrat kerajaan mahu mencapai kualiti bertaraf antarabangsa.

Katanya, penilaian itu bertujuan memastikan semua sekolah berkenaan mematuhi Akta Pendidikan 1990 dan berusaha menjaga kualiti pendidikan masing-masing.

“Sekolah swasta juga sama memainkan peranan dalam membantu memperkasakan pendidikan negara, jadi dengan pengiktirafan ini sudah pastinya membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan sekolah swasta di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Skips dan geran permulaan prasekolah fasa 1, 2013 di sini semalam.

Ahmad Tarmizi dalam pada itu menambah, sebanyak 17 daripada 28 buah sekolah swasta terlibat dengan penilaian Skips tahun lalu di negeri ini yang terdiri daripada empat jenis sekolah iaitu sekolah akademik (rendah dan menengah); sekolah agama (rendah dan menengah); sekolah antarabangsa dan sekolah persendirian Cina.

Tegasnya, semua sekolah berkenaan dinilai berasaskan kepada 15 kriteria termasuk perwatakan sekolah, pengurusan, peperiksaan, kokurikulum dan disiplin.

“Melalui penilaian yang dilakukan pegawai dari kementerian ini, Sekolah Antarabangsa Dalat, Sekolah Rendah Antarabangsa St. Christoper’s, Sekolah Antarabangsa Pulau Pinang, Sekolah Menengah (SM) Sri Tenby, SM Sri Pelita, SM Han Chiang, SM Chung Ling, SM Perempuan Cina dan SM Jit Sin diiktiraf sebagai sekolah lima bintang.

“Dua buah sekolah lain iaitu Sekolah Antarabangsa Fairview dan Sekolah Rendah Seri Pelita diiktiraf sebagai sekolah swasta empat bintang," katanya.

Seterusnya dalam majlis berkenaan Ahmad Tarmizi turut menyampaikan geran permulaan prasekolah fasa pertama tahun ini kepada 11 tadika terpilih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.