saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 20/02/2014

Kolej Komuniti mampu atasi masalah tenaga mahir

AMIR Md. Noor (tengah, barisan depan) bersama 21 pelatih yang menerima surat tawaran kerja daripada Sime Darby Plantation Sdn. Bhd selepas pelancaran Progam Peningkatan Kemahiran Mekanik Penjenteraan di Ladang Seri Intan, Teluk Intan, Perak, kelmarin.

TELUK INTAN 19 Feb. - Kolej Komuniti mampu menampung masalah kekurangan tenaga kerja industri kelapa sawit tempatan dengan melahirkan tenaga mahir dalam bidang kendalian jentera ladang.

Ini terbukti apabila 21 pelatih Kolej Komuniti Pasir Salak yang tamat kursus sijil kemahiran jentera ladang menerima tawaran bekerja daripada syarikat perladangan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. (Sime Darby Plantation) semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan, Datuk Amir Md. Noor berkata, kesemua pelatih itu ditawarkan jawatan mekanik penyelenggara kejenteraan hasil program kerjasama strategik Kolej Komuniti bersama Sime Darby Plantation.

Menurutnya, pengambilan tenaga kerja tempatan oleh Sime Darby Plantation diharap dapat membantu industri kelapa sawit daripada terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing.

Berdasarkan statistik, katanya, daripada 491,339 pekerja dalam sektor kelapa sawit negara, 76 peratus terdiri daripada tenaga kerja asing.

"Mereka ini pekerja bukan mahir kerana bekerja tanpa menggunakan sebarang jentera. Mereka adalah pekerja di lapangan untuk kawalan rumpai, pengunaan baja dan pemangkasan.

"Untuk itu, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dengan kerjasama syarikat Semai Alam Sdn. Bhd. mengambil inisiatif strategik dalam usaha menangani cabaran ini dengan menganjurkan program peningkatan kemahiran mekanik jentera ladang sawit.

"Kursus ini pelengkap kepada Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Servis Kenderaan Ringan," katanya selepas pelancaran Program Peningkatan Kemahiran Mekanik Penjenteraan di Ladang Seri Intan di sini semalam.

Menurut beliau, kerjaya dalam bidang jentera perladangan yang berteknologi tinggi juga menawarkan gaji yang lumayan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.