saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 02/03/2014

Perak pasang sistem amaran kepala air di semua hutan lipur

Zambry Abdul Kadir (tengah) memulakan acara menanam pokok pada majlis Pelancaran Sistem Amaran Kepala Air dan Program Gotong Royong Hutan Lipur Ulu Kenas Kuala Kangsar, Perak, semalam. - MINGGUAN/HANAFI KHAMIS

KUALA KANGSAR 1 Mac - Jabatan Perhutanan negeri akan memasang sistem amaran kepala air di kesemua 16 hutan lipur di negeri ini bagi meningkatkan tahap keselamatan pengunjung daripada risiko paras air naik mendadak selain penyakit bawaan vektor seperti leptospirosis atau lebih dikenali sebagai kencing tikus.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sistem yang menggerakkan bunyi siren dan nyalaan lampu amaran sekiranya berlaku sebarang kecemasan bagaimanapun akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat.

"Kita telah memasang sistem amaran ini di empat hutan lipur di negeri ini bermula tahun lalu iaitu di Hutan Lipur Lata Kinjang, Hutan Lipur Papan, Hutan Lipur Kuala Woh dan Hutan Lipur Ulu Kenas di sini.

"Kos pemasangan bagi sistem amaran kepala air di empat kawasan berkenaan mencecah RM370,000 dan kita akan memperluas kemudahan ini ke hutan lipur lain bergantung kepada peruntukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kembara Rimba Bersama Menteri Besar selain pelancaran sistem amaran kepala air berkenaan serta gotong royong di Hutan Lipur Ulu Kenas, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Prof. Datuk Dr. Abd. Rahman Abd. Rahim dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Datuk Roslan Ariffin.

Pada majlis tersebut, Zambry turut menyerahkan anak pokok karas kepada ketua-ketua kampung selain melepaskan anak ikan serta melawat Laman Herba Ulu Kenas.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengekalkan kelestarian alam semula jadi di negeri ini dengan memperkenal sistem pengurusan hutan lestari di samping menambah 25,000 hektar lagi bagi kawasan hutan simpan.

Selain itu katanya, Jabatan Perhutanan negeri turut mengenal pasti spesies-spesies tumbuhan herba dan renek hutan sebagai sumber penyumbang hasil ekonomi.

"Perak merupakan negeri terakhir yang mengamalkan sistem pengurusan hutan secara timber latex clone (TLC). Kita tidak sewenang-wenangnya menebang kesemua pokok dan kemudiannya baru melakukan penanaman semula," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.