saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 22/03/2014

SPM terbaik Perlis sejak 10 tahun lalu

KANGAR 21 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di Perlis disifatkan sebagai terbaik sejak 10 tahun lalu apabila 80 calon berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran termasuk seorang mendapat 11A+.

Pengarah Pendidikan negeri, Dun Kasa berkata, ia melibatkan 30 calon dari Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma (18) dan SMK Agama Perempuan Kangar (12).

Menurutnya, selain itu SMK Datuk Sheikh Ahmad (tujuh), SMK Agama Arau (lima), SMK Arau, SMK Tengku Suleiman dan SMK Perlis masing-masing dua calon serta SMK Syed Hassan dan SM Syed Ahmad pula masing-masing seorang calon.

"Pelajar SMK Agama Arau, Muhammad Zakuan Mohd Noor muncul pelajar terbaik SPM di Perlis dengan keputusan 11A+," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Dun berkata, Gred Purata Sekolah (GPS) juga menunjukkan peningkatan terbaik dalam 10 tahun sejak 2003 apabila menca­tatkan 5.26 berbanding SPM 2012 yang hanya 5.46.

"Sebanyak 17 sekolah yang meningkat GPS, di antaranya SMK Arau, SM Sains Tuanku Syed Putra, Al Madrasah Ad Dinniah, SMK Kuala Perlis dan SMK Putra," katanya.

Katanya, 4,294 calon yang menduduki SPM pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012 sebanyak 4,537 orang.

Beliau berkata, hanya tujuh buah sekolah yang 100 peratus calonnya mendapat sijil SPM.

"Sekolah itu termasuk SM Sains Tuanku Syed Putra, SMK Derma, SMK Agama Perempuan Kangar, SMK Datuk Sheikh Ahmad, SMK Agama Arau, SMK Tuanku Lailatul Shahreen dan Al Madrasah Ad Dinniah," katanya.

Tambahnya, calon Berkeperluan Khas (Tanpa Anggota Tangan) tahun 2013, Nurul Nadia Najwa Othman dari SMK Datuk Jaafar Hassan berjaya mendapat 1B, 1C, 3D dan 2E.

Katanya, disebabkan mulai 2013 mata pelajaran Sejarah wajib lulus kepada calon SPM selain Bahasa Melayu, sebanyak 3,469 calon layak mendapat sijil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.