saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 05/04/2014

Mangsa ribut terpaksa berteduh di pondok berbumbung kanvas

Mohd. Subhi Bakar menemani ibunya, Mek Chik Ahmad pada waktu siang yang tinggal di pondok setelah rumah mereka musnah dipukul puting beliung Sabtu lalu di Kampung Pinang, Pedu, Kedah, kelmarin.

PADANG TERAP 4 April - Seorang warga emas dan seorang anaknya terpaksa berteduh di pondok berbumbungkan kain kanvas sejak empat hari lalu setelah rumah mereka di Kampung Pinang, Pedu di sini musnah akibat dilanda pu­ting beliung Sabtu lalu.

Menurut Mohd. Subhi Bakar, 40, sejak kejadian empat hari lalu, ibunya, Mek Chik Ahmad, 73, akan tinggal di pondok tersebut pada waktu siang dan pulang ke rumah abangnya yang terletak di kampung sama pada waktu malam.

“Ibu bimbang untuk tinggalkan pondok ini kerana banyak barang kelengkapan rumah yang kami masih boleh gunakan ada di sini dan dia khuatir jika barang-barang itu hilang.

“Sekarang kami menunggu rumah baru yang bakal dibina oleh MADA (Lembaga KemajuanPertanian Muda) namun belum tahu bila pembinaan itu akan dilaksanakan," katanya ketika ditemui Kampung Pinang, Pedu, di sini semalam.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian, Mohd. Subhi memberitahu, dia hanya mampu melihat rumah pusaka yang dihuni kira-kira 50 tahun itu ranap dipukul puting beliung.

“Kejadian berlaku pantas, lebih kurang 10 minit sahaja habis rumah kami ranap dan tidak sempat menyelamatkan barang-barang di dalam rumah namun saya reda kerana tidak melibatkan nyawa," ujarnya.

Mohd. Subhi yang merupakan kakitangan MADA itu memberitahu, dia berharap pembinaan rumah baru untuk ibunya dapat dilaksanakan secepat mungkin untuk memberi keselesaan kepada Mek Chik.

Beliau antara 56 penerima bantuan sebanyak RM500 oleh kerajaan negeri dan set tilam yang disumbangkan oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman).

Sumbangan set tilam tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan turut hadir, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Environment Idaman, Bun Yin Ai An.

Badrol Hisham berkata, tindakan segera dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat telah dilakukan oleh pejabat Ahli Parlimen Padang Terap, Felcra Bhd. (Felcra) dan individu perseorangan.

“Kita turut mendapat kerjasama GiatMara, IKM (Institut Kemahiran Mara) dan Environment Idaman yang turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa terlibat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.