saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 12/04/2014

SK Kampung Kota Bukit perlu bangunan baharu

MAHADZIR Abdul Hamid (kiri) meninjau bilik guru yang sempit di SK Kampung Kota Bukit, Sik, Kedah, kelmarin. - UTUSAN/Norlia Ramli

SIK 11 April - Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kota Bukit di sini akan diganti baharu sekiranya hasil siasatan dilakukan pihak berkaitan mendapati tidak selamat diduduki lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, perbincangan yang dilakukan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya menunjukkan maklum balas positif.

“Perbincangan telah dilakukan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan adalah amat wajar sekolah tersebut digantikan dengan bangunan yang baharu," katanya ketika membuat tinjauan susulan ke sekolah tersebut semalam.

Menurut Mahadzir, sekolah tersebut yang dibina pada tahun 1963 masih mengekalkan struktur bangunan yang lama dengan keadaannya jauh ketinggalan berbanding sekolah-sekolah lain.

“Sekian lama pelajar-pelajarnya belajar dalam keadaan daif dan tindakan perlu dilakukan segera demi prestasi akademik pelajarnya yang pada masa ini kurang memberangsangkan," katanya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SM Zainuddin Md Isa, 48, berkata, beliau berharap agar bangunan baharu dibina bagi mengurangkan kepadatan pelajar di dalam bilik darjah.

“Saya harap ini menjadi kenyataan dengan bangunan baharu yang lebih selesa kerana bilangan pelajarnya semakin ramai.

“Sekarang zaman dah merdeka, sekolah lain semuanya dapat bangunan yang cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti makmal, bilik komputer, bilik bacaan dan kantin yang sempurna, tetapi di sekolah ini keadaannya adalah sebaliknya," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.