saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 28/05/2014

PERASMIAN SUKMA KE-XVII MERIAH

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melambaikan tangan semasa perarakan kontinjen dari setiap negeri pada Majlis Perasmian Sukma 2014 di Stadium Utama Kangar, Perlis, malam semalam. Turut berangkat (dari, kiri) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - BERNAMA

MAJLIS perasmian Sukan Malaysia (Sukma) Ke-XVII yang berlangsung di Stadium Utama Negeri Perlis malam semalam disambut meriah dengan penuh berwarna-warni.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan merasmikan Sukma Ke-XVII itu. Berangkat bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Baginda turut mengisytiharkan nama baharu bagi stadium berkenaan iaitu Stadium Tuanku Syed Putra. Tuanku Syed Sirajuddin juga melahirkan peng­hargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri Perlis dan ke­semua jawatankuasa yang terlibat mengorbankan masa dan tenaga kerana bertungkus lumus untuk menjayakan Sukma Ke-XVII.

Ketika bertitah, baginda berharap, para atlet yang bertan­ding dapat menyesuaikan diri de­ngan keadaan sekeliling dan cuaca di negeri Perlis, seterusnya mampu memecahkan rekod sukan sedia ada dalam acara masing - masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.