saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 22/08/2014

Konservasi hidupan liar di Sungkai

Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang berminat dengan hidupan liar.

TANJUNG MALIM 21 Ogos - Sekiranya gemar berkunjung ke taman safari, Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) di Sungkai patut berada dalam senarai pilihan anda.

PKHL berkeluasan 20 hektar telah ditubuhkan sekitar awal 1970-an untuk tujuan pembiakan hidupan liar yang terancam.

Mementingkan aspek konservasi secara semula jadi, pusat berkenaan dibina dalam kawasan rizab hidupan liar yang keseluruhannya seluas 2,468 hektar.

PKHL Sungkai diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, justeru, sebanyak 19 staf termasuk seorang Pegawai Hidupan Liar ditugaskan untuk menyelia kemudahan infrastruktur yang ada.

Namun, perkara paling menarik yang tidak patut dilepaskan sekiranya berkunjung ke PKHL Sungkai adalah menyaksikan pelbagai spesies haiwan yang dibiak secara teratur, bersih dan sistematik.

Antara spesies mamalia yang diternak ialah seladang dan rusa sambar.

Namun, terdapat juga tiga jenis burung iaitu merak pongsu, kuang raya dan kuang cermin turut dipelihara di sini.

Pada asasnya, hidupan liar yang telah mampu berdikari akan dilepaskan ke habitat asal supaya haiwan berkenaan dapat membesar secara semula jadi.

Sehingga kini, sebanyak lima ekor seladang, 10 ekor rusa sambar dan 22 ekor burung telah dilepaskan ke hutan bagi memastikan kemandirian spesies masing-masing.

Namun begitu, usaha murni Perhilitan akan lebih diketahui serta dihargai oleh orang ramai apabila kerajaan bercadang membangunkan kemudahan ekopelancongan di situ.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel yang melakukan lawatan ke PKHL Sungkai baru-baru ini berkata, pihaknya memohon peruntukan sebanyak RM18 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan perkara tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Menurut beliau, antara penambahbaikan kemudahan yang dicadangkan termasuk pembinaan kandang pameran hidupan liar, pelantar pemerhati, tempat pemeliharaan burung serta sebuah amphitheater.

Dalam perkembangan berkaitan, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat sebuah lagi Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) yang dikhususkan untuk memelihara spesies harimau berdekatan PKHL Sungkai.

NWRC Sungkai yang dibuka November tahun lalu mempunyai 20 kandang harimau di atas tanah seluas 10 hektar.

Difahamkan, pembinaan kandang tersebut menepati Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012 (Akta 716), justeru, pusat ini merupakan antara yang terkini dan terbaik di Malaysia.

Menurut Ketua NWRC Sungkai, Ahmad Azhar Mohammed, pembinaan pusat berkenaan merupakan cetusan idea Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof.

"Kita bermula dengan menjaga 20 ekor harimau, namun, disebabkan lima daripadanya terdiri daripada jenis hibrid, maka telah dipindahkan. Kita hanya mahu memelihara harimau tempatan jenis Malayan Tiger," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Azhar berkata, lima ekor harimau jantan dan 10 ekor harimau betina yang kini berada di bawah peliharaan NWRC Sungkai kebanyakannya telah diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman.

Beliau berkata, harimau-harimau berkenaan kini berusia dalam lingkungan tiga hingga 18 tahun, selain dijaga rapi dari segi pemakanan dengan hanya diberi makan tidak melebihi 10 peratus daripada berat badan.

"Untuk fasa kedua, anak-anak harimau ini nanti apabila sudah berusia dua tahun setengah, kita akan kurangkan penglibatan manusia agar dapat diliarkan secara semula jadi.

"Namun, secara puratanya, jangka hayat harimau adalah dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.