saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 29/09/2014

Rumah dihiasi 1,000 Jalur Gemilang bawa tuah semangat cintakan negara

RUMAH Mohamad Najib Rabi yang dihiasi 1,000 Jalur Gemilang dipilih sebagai johan Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan 2014 di Kampung 300 Kaki, Bandar Baharu, Kedah, baru-baru ini.

BANDAR BAHARU 28 Sept. - Niatnya hanyalah semata-mata demi menunjukkan kecintaan kepada negara, namun tanpa disangka, usaha Mohamad Najib Rabi, 61, menghias rumahnya di di Kampung 300 Kaki, mukim Relau dekat sini dengan lebih 1,000 Jalur Gemilang membawa tuah apabila terpilih sebagai johan Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan 2014 peringkat negeri Kedah bagi kategori individu.

Mendapat bantuan isteri, Norsiah Yusuf, 56, serta anak bongsunya, Nor Afiza, 27, pesara tentera itu menghabiskan kira-kira RM1,000 bagi memastikan rumahnya kelihatan seolah-olah 'dihujani' bendera kebanggaan negara itu.

"Kami sanggup melakukan apa saja untuk menceriakan rumah termasuklah menghiasinya dengan Jalur Gemilang termasuk menjadikan bendera itu sebagai langsir.

"Segalanya datang daripada idea kami bertiga. Selain memastikan rumah ini dipenuhi Jalur Gemilang, kami turut mementingkan kekemasan agar elok mata memandang'" katanya yang mendiami kediaman tersebut sejak 1987.

Rumah berkenaan turut dipilih mewakili negeri Kedah bagi pertandingan sama di peringkat kebangsaan.

Pertandingan itu merupakan acara tahunan Jabatan Penerangan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datin Nor­sabrina Mohd. Noor menyatakan rasa bangga terhadap semangat ditunjukkan Mohamad Najib sekeluarga.

"Usaha ini jelas menunjukkan semangat jati diri yang ada pada keluarga Mohamad Najib dalam menyatakan rasa cinta kepada negara. Ini merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan.

"Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya berharap agar usaha se­perti ini dicontohi iaitu semua kita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang diceburi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.