saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 03/10/2014

Parlimen Lumut juara Liga Amanjaya

ZAMBRY Abd. Kadir bersama-sama pasukan Lumut yang menjuarai Liga Perak Amanjaya setelah menewaskan pasukan Sungai Siput melalui sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Perak, Ipoh, baru-baru ini.

IPOH 2 Okt. - Pasukan Parlimen Lumut muncul juara Kejohanan Bola Sepak Liga Perak Amanjaya merebut Perisai Menteri Besar apabila mengalahkan Sungai Siput 4-3 menerusi penentuan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 selepas masa tambahan dalam perlawanan akhir di Stadium Perak di sini kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan pasukan juara membawa pulang hadiah RM30,000 manakala naib juara menerima RM15,000.

Dalam perlawanan yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir itu, pasukan Sungai Siput mendahului pada babak pertama menerusi jaringan J.V Patmanaten.

Namun, pasukan Lumut bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua dan kedudukan terikat sehingga tamat masa tambahan menyebabkan pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Sementara itu, pasukan Parlimen Bagan Serai dan Tanjung Malim masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat untuk membawa pulang hadiah RM7,500 dan RM5,000.

Pemain pasukan Sungai Siput, J.V Patmanaten muncul Penjaring Terbanyak kejohanan dengan enam gol manakala penjaga gol pasukan Lumut, R. Yuvaraj dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Hadiah dan pingat kepada pemenang disampaikan oleh Zambry.Liga Amanjaya yang disertai pasukan dari kesemua 24 bahagian Parlimen di negeri ini merupakan kejohanan yang diilhamkan oleh Zambry untuk mencungkil bakat baharu sukan bola sepak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.