saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 09/10/2014

DPMM Perak anjur Konvensyen Usahawanita

SABRI Ahmad Tah (dua dari kiri) menunjukkan risalah buletin DPMM Perak sambil diperhatikan Pengerusi Dewanita DPMM Perak, Sazilah Mohd. Yusof (dua dari kanan) selepas sidang akhbar di Ipoh, semalam.

IPOH 8 Okt. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Perak bakal menganjurkan Konvensyen Usahawanita pada 14 Oktober ini dalam usaha memperkasakan usahawan dalam kalangan wanita di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Sabri Ahmad Tah berkata, konvensyen sehari yang dianjurkan di bawah Program Pembangunan Usahawan itu juga bertujuan menyalurkan bantuan kepada usahawan wanita dalam pelbagai aspek termasuk nasihat, kewangan dan rangkaian.

Katanya, konvensyen yang julung kali diadakan di Perak itu akan menjadi platform kepada pengumpulan usahawan-usahawan wanita daripada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada perniagaan berteknologi.

"Kira-kira 500 usahawan wanita akan menyertai konvensyen ini. Antara tujuan lain konvensyen ini dianjurkan juga adalah untuk memaklumkan kemajuan serta pembangunan golongan berkenaan di negeri ini.

"Kami berharap penganjuran konvensyen ini mampu membuka fikiran usahawan wanita mengenai peluang yang ada di luar sana dan terus bersama DPMM untuk maju ke hadapan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Konvensyen yang bakal berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Hotel Kinta Riverfront di sini itu adalah ditaja bersama Kementerian Kewangan, Amanah Ikhtiar Malaysia, syarikat Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd., KPerak, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) serta Invest Perak Malaysia.

Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dijangka menyampaikan titah dalam majlis penutup konvensyen berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pembentangan Bajet 2015 Jumaat ini, Sabri berharap lebih banyak peruntukan bakal disalurkan kepada sektor PKS.

Selain itu, beliau juga berharap pembentangan bajet kali ini akan memberi fokus kepada golongan peniaga Melayu yang perlukan bantuan dan bimbingan.

"Kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya untuk memastikan usahawan-usahawan Melayu di Perak khususnya dan Malaysia amnya menerima bantuan daripada aspek peruntukan kewangan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.