saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 10/10/2014

RM9 juta bina jambatan baharu

Safry Kamal Ahmad memeriksa keretakan pada jambatan di Jalan Batu Gajah ke Gopeng dekat Batu Gajah, Perak, kelmarin.

BATU GAJAH 9 Okt. - Sebuah jambatan baharu bernilai RM9 juta akan dibina menggantikan jambatan lama yang merentasi Sungai Kinta di laluan A8 Jalan Batu Gajah-Gopeng dekat sini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Safry Kamal Ahmad berkata, jambatan lama berusia hampir 90 tahun itu perlu diganti kerana boleh mengundang bahaya ekoran keretakan pada strukturnya dan mendapan.

Menurut beliau, laluan di situ juga semakin sibuk dengan bilangan pengguna yang semakin meningkat.

"Jambatan sedia ada dikesan mengalami keretakan dan mendap. Struktur sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah aliran trafik yang semakin meningkat.

"Kami sedang menunggu keputusan kerajaan negeri untuk meluluskan peruntukan dengan kos kira-kira RM9 juta bagi menggantikan jambatan ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, JKR membuat pemantauan jambatan tersebut 24 jam sehari selepas menerima laporan bulan lalu berlaku mendapan pada strukturnya.

Beliau memberitahu, pihaknya menggunakan teknik 'crack gauge' bagi mengukur keretakan dan setakat ini 12 retakan telah dikesan.

"Pengguna tidak perlu bimbang kerana jambatan ini masih boleh dilalui kenderaan ringan namun kenderaan dengan muatan melebihi tiga tan tidak boleh menggunakan laluan ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, laluan alternatif telah disediakan bagi kenderaan bermuatan melebihi tiga tan bagi mengelakkan kejadian buruk.

Beliau turut meminta pengguna memberikan kerjasama mematuhi papan tanda yang diletakkan di sepanjang laluan berkenaan ketika kerja-kerja pemantauan dilaksanakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.