saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 10/10/2014

Teman Pili Bomba bantu kurangkan vandalisme

Khaw Hock Kong (tengah, bertali leher) bersalaman dengan penerima sijil Teman pili Bomba sambil diperhatikan oleh Salahuddin Isa (hadapan, empat dari kanan) di Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar, Perlis, semalam.

PADANG BESAR 9 Okt. - Program Teman Pili Bomba berjaya membantu mengurangkan kejadian vandalisme sehingga 40 peratus ke atas 3, 269 pili bomba awam dan swasta di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Salahuddin Isa berkata, ini berikutan keberkesanan program tersebut di mana kira-kira 800 ahlinya yang terdiri daripada individu dan jabatan di seluruh negeri akan bertindak mengawasi sepenuhnya setiap pili bomba di tempat masing-masing.

"Kita percaya jika vandalisme terhadap pili bomba berkurangan maka kerajaan dapat menjimatkan peruntukan sebanyak RM30,000 setiap tahun bagi memperbaiki kerosakan tersebut,'' katanya selepas merasmikan Program Komuniti Teman Pili Bomba 2014 di Dewan Serbaguna Balai Bomba Penyelamat (BBP) Padang Besar, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong.

Menurut Salahuddin, sehingga kini kes vandalisme tertinggi melibatkan pili bomba berlaku di kawasan Kangar yang kebanyakannya melibatkan kawasan perumahan.

Ujarnya, ini kerana jumlah pili bomba tertinggi adalah di Kangar iaitu sebanyak 1,501 buah pili bomba awam dan 50 pili bomba swasta manakala di Padang Besar 474 pili bomba awam dan 57 pili bomba swasta, Kuala Perlis pula 397 pili bomba awam dan 52 pili bomba swasta dan Arau pula 687 pili bomba awam dan 51 pili bomba swasta.

Tambahnya, dengan program Teman Pili Bomba ini diharap segala masalah berkaitan dengan aspek keselamatan kebakaran atau fungsi pili bomba akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

"JBPM juga memberikan pengiktirafan ke atas sumbangan masyarakat dengan memberikan sijil penghargaan kepada jabatan dan individu yang menjadi ahli,'' katanya.

Kata Salahuddin lagi, sesiapa yang didapati sengaja melakukan vandalisme seperti mencabut dan merosakkan pili bomba boleh disiasat di bawah peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 Seksyen 26 di mana jika didapati bersalah membawa kepada kompaun maksimum RM200.

"Setakat ini tiada kes yang dikenakan kompaun kerana pihaknya masih bersikap toleransi di mana memberikan nasihat ke atas pihak berkenaan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.