saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 12/10/2014

Bina parkir bertingkat di Padang Besar

PADANG BESAR 11 Okt. - Pekan Padang Besar mampu menjadi sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka di utara Semenanjung jika pihak berkenaan meningkatkan kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong berkata, ini kerana kawasan tempat letak kenderaan yang ada sekarang sangat terhad sehingga menimbulkan kesesakan khususnya pada hujung minggu, cuti umum dan juga musim cuti sekolah.

"Saya yakin selepas ini Padang Besar akan diletakkan sebagai pilihan utama khususnya kepada penduduk Kedah dan Pulau Pinang sebagai tempat membeli-belah yang istimewa serta serba lengkap termasuk tempat letak kenderaan," katanya di sini hari ini.

Hock Kong berkata, tempat letak kenderaan bertingkat ini amat sesuai kerana kawasan di pekan Padang Besar yang agak terhad.

"Pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat ini bukan sahaja dapat menjimatkan ruang tetapi boleh menampung kenderaan yang banyak dalam satu-satu masa," katanya.

Beliau berharap, pihak berkenaan dapat mencari tapak yang sesuai untuk dibina tempat meletak kenderaan bertingkat.

Katanya, lokasinya berkenaan nanti biarlah pada kedudukan yang hampir dengan pusat membeli-belah untuk memudahkan orang ramai.

Hock Kong berkata, pastinya pelancong akan lebih kerap untuk datang membeli-belah di pekan Padang Besar kerana tiada lagi masalah untuk meletakkan kenderaan seperti yang dialami sekarang.

Beliau berkata, jika infrastruktur lengkap maka pelancong tidak perlu lagi ke negara jiran sebaliknya memilih pekan Padang Besar sahaja untuk membeli-belah.

Tambahan pula, katanya, dengan keadaan yang aman berbanding dengan negara jiran akan membolehkan pelancong membeli-belah dalam keadaan tenang tanpa merasa keselamatan mereka terancam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.