saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 14/10/2014

Rakyat perlu manfaatkan prospek Komuniti ASEAN

KANGAR 13 Okt. - Rakyat Malaysia perlu memanfaatkan prospek Komuniti ASEAN 2015 untuk menjana hasil melalui peluasan pasaran selain mempromosi keamanan sejagat dan menstabilkan iklim politik negara serantau, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda, rakyat juga perlu mengambil inisiatif dengan memanfaatkan semangat setia kawan melalui Komuniti ASEAN dengan meningkatkan jaringan ekonomi antarabangsa dan mengembangkan sistem kemahiran membabitkan negara anggota.

"Pasaran pendapatan tetap ASEAN berkembang enam kali ganda sejak tahun 2000 dan kini bernilai US$1.1 trilion. Peluang ini perlu dimanfaatkan rakyat," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda mengutarakan perkara itu semasa menyambut ketibaan dan menutup Program Konvoi Persahabatan dan Khidmat Masyarakat Malaysia-Thailand-Kemboja Ke-Arah Komuniti ASEAN 2015 di Muzium Kota Kayang di sini, kelmarin.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, hubungan yang terbina memalui Komuniti ASEAN bakal memudahkan usaha mengembangkan sistem pendidikan serta memperkenalkan keunikan Malaysia terutamanya kepelbagaian etnik dan budayanya.

Baginda juga mahu golongan belia memanfaatkan sebaiknya prospek komuniti ASEAN dengan menjadikannya sebagai landasan Persatuan Belia dalam membentuk hubungan dua hala antara negara anggota.

"Generasi Y perlu bijak menggunakan teknologi ke arah yang membina kebaikan dalam pembangunan belia, mengkaji dan memahami politik, budaya, agama dan bahasa sebagai persiapan pimpinan pelapis.

"Mereka juga hendaklah menjadi ejen mempromosi keamanan dengan mengambil Malaysia sebagai model negara yang mengamalkan wasatiyyah atau kesederhanaan dalam kehidupan seharian," titah baginda.

Program anjuran bersama Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia itu disertai oleh 80 peserta menaiki 23 kenderaan pacuan empat roda yang memulakan perjalanan sejauh 3,500 kilometer pergi balik ke Kampung Spue dalam Wilayah Cham, Kemboja pada 1 Oktober lepas.

Sepanjang perjalanan ke kampung itu untuk melaksana ibadah korban dan aktiviti sukarela dengan penduduk tempatan, program tersebut bertujuan membina semangat kerjasama selain menimba pengalaman untuk memantapkan diri. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.