saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 14/10/2014

Perniagaan ikan pekasam menguntungkan

SHUKRI SAHABUDIN dan Siti Sarah Disa mengusahakan ikan pekasam daripada ikan air tawar serta ikan laut dengan resipi warisan turun-temurun berjenama Manora di Kampung Chandek Kura Kedawang, Langkawi, baru-baru ini. - UTUSAN/NORASHIKIN IDROS

LANGKAWI 13 Okt. - Ikan pekasam Manora mula dijual di sekitar Kampung Chandek Kura, Kedawang di sini kira-kira sembilan tahun lalu dengan jualan dari rumah ke rumah.

Kini resipi warisan turun temurun diwarisi oleh Shukri Sahabudin, 36, serta isteri, Siti Sarah Disa, 31, itu mula mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pengunjung tempatan yang singgah di gerainya.

Berbekalkan wang simpanan yang ada, Shukri mampu membina sebuah gerai sendiri yang terletak bersebelahan rumahnya selain menghantar stok ikan pekasam ke pasar dan kedai runcit di sekitar Langkawi.

Menurut Shukri yang berkongsi cara memproses ikan pekasam di rumahnya, ikan perlu dibersihkan dahulu dan diperap dengan garam dan beras yang dikisar selama 10 hari.

'"Proses ini perlu dilakukan pada waktu malam bagi mengelakkan lalat yang boleh merosakkan ikan yang akan diproses nanti," jelasnya.

Terdapat pelbagai jenis ikan pekasam iaitu ikan daripada air tawar seperti ikan sepat, haruan, puyu serta ikan laut seperti ikan talang, tenggiri dan kurau yang dibeli daripada nelayan tempatan.

Produk baharunya seperti da­ging pekasam juga sedang me­ningkat popular dalam kalangan pelancong tempatan dan mendapat permintaan tinggi menjelang Ramadan.

Menurut Shukri, boleh dikatakan 80 peratus pembeli di gerainya adalah pelancong tempatan.

"Bagi saya resipi turun temurun ini dapat mengekalkan kualiti produk pekasam yang dikeluarkan sehingga hari ini.

"Saya juga akan mempelbagaikan produk yang ada dan saya berhasrat untuk memasarkan ikan pekasam ini ke luar negeri," katanya ketika ditemui di gerainya di sini baru-baru ini.

Katanya, jualan ikan pekasam banyak dibantu oleh industri inap desa yang banyak menyediakan juadah ikan pekasam kepada pe­ngunjung.

"Semasa di inap desa, pengunjung berpeluang untuk memasak sendiri ikan pekasam dan mereka kebiasaannya akan datang ke gerai semula untuk mendapatkan ikan pekasam untuk dibawa pulang," ujarnya.

Ujarnya, ikan pekasam yang siap dibungkus boleh disimpan selama tiga bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.