saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 14/10/2014

39,574 calon duduki PT3 di Perak

MOHD. Idris Ramli (kiri) diiringi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Mat Jaafar Mat Zain meninjau perjalanan ujian bertulis PT3 di Dewan Sekolah itu, di Manjoi, Ipoh, semalam.

IPOH 13 Okt. - Sebanyak 39,574 calon di seluruh negeri menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bermula hari ini hingga 16 Oktober ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 38,911 calon merupakan pelajar sekolah kerajaan manakala selebihnya adalah calon sekolah swasta.

Katanya, kesemua calon itu menduduki PT3 di 267 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini.

"Pusat peperiksaan di 267 buah sekolah itu membabitkan sebanyak 233 buah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), enam buah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), lapan buah di sekolah agama tadbiran negeri dan masing-masing sepuluh buah di sekolah swasta dan sekolah agama rakyat (SAR).

"Hari ini berlangsung ujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Setakat ini, keadaan berjalan lancar dan tiada calon menduduki PT3 di hospital," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Idris meluangkan masa melawat calon PT3 di tiga buah sekolah di sini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun, SMK Tronoh dan SMK St. Bernadette's Convent, Batu Gajah.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua sekolah di negeri ini didapati berjaya melaksanakan PT3 berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang disusun seperti peperiksaan lain.

Katanya, kesemua calon juga dilihat menduduki ujian itu dengan selesa dan sehingga kini, tiada sebarang masalah timbul sepanjang ujian berlangsung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.