saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 15/10/2014

Nelayan mangsa ribut rayu bantuan

SUNGAI PETANI 14 Okt. - Seorang nelayan, Abdul Rahman Beedin, 59, terpaksa tinggal bersama keluarganya dalam sebuah rumah tanpa bumbung sepenuhnya setelah ia dipukul ribut semasa hujan lebat di Kampung Hujung Matang, Kota Kuala Muda dekat sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman berkata, kejadian ribut itu berlaku 5 Oktober lalu kira-kira-kira pukul 1.50 pagi dan banyak barangan di rumahnya termasuk peti ais rosak manakala kerugian dianggarkan hampir RM10,000.

"Memang sukar untuk tinggal bersama keluarga di rumah yang rosak akibat dipukul ribut ini. Saya tidak dapat membaikinya kerana kesempitan wang.

"Saya juga mengidap penyakit kencing manis dan kaki sebelah kiri sudah terdapat kesan luka dan pada masa ini tidak berdaya membuat kerja berat," ujarnya ketika ditemui di Kampung Hujung Matang, Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, isterinya, Azizah Ab. Rahman, 54, anaknya, Nur Zakiah Abdul Rahman, 20, dan dua orang cucu, Mohd Arifhan Roslan, 11, serta Siti Nor Amirah Abdullah, 2, terpaksa tinggal dalam keadaan yang tidak selesa namun mereka tidak mempunyai pilihan lain.

"Syukur kepada Allah kerana semasa kejadian berlaku tidak ada perkara buruk terjadi kerana kami semua termasuk anak dan cucu tidur di tempat lain, bukan di bahagian ruang dapur itu," katanya.

Menurutnya lagi, selepas tragedi itu, pelbagai pihak tampil penghulur bantuan makanan terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Muda.

"Saya sangat berharap ada pihak yang dapat membantu saya membaiki bumbung rumah ini kerana saya ingin membuatkan rumah saya selesa buat ahli keluarga saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.