UTARA
ARKIB : 16/10/2014
Kerajaan DAP P.Pinang didesak utamakan keperluan rakyat
PULAU PINANG 15 Okt. - Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu berbanding memberi keistimewaan terhadap projek pembangunan mewah yang menguntungkan pemaju.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri, tiada projek perumahan kos rendah dibina oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sebaliknya lebih berminat meluluskan projek mewah.
Lebih membimbangkan, kata Cheng Guan, akibat kelulusan yang diberikan terhadap projek berkenaan, rakyat negeri ini khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu membeli rumah dan akhirnya terpinggir.
Situasi itu menurut beliau, berbeza ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang mana kerajaan negeri ketika itu turut membina rumah kos rendah misalnya di Bayan Baru dan Seberang Jaya kerana menyedari ia keperluan rakyat.
"Saya difahamkan kebanyakan rumah mewah yang dibina selepas 2008 dibeli rakyat asing khususnya dari Singapura dan kita tertanya-tanya apa perancangan kerajaan negeri dalam hal ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Cheng Guan mengulas 'kejayaan' Kerajaan DAP Pulau Pinang mencapai persetujuan dalam projek komersial bernilai RM1.2 bilion bagi membangunkan kawasan di Bayan Baru dekat sini, sebagai pusat perniagaan dan kediaman bernilai tinggi.
Guan Eng dalam kenyataan berkata, projek itu akan dibangunkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi dan Inovasi Singapura (EBIS) dan dijangka menukar landskap Bayan Bayu menjadi kawasan kediaman elit dan pusat komersial.
Mengulas lanjut, Cheng Guan berkata, sudah sampai masanya Kerajaan DAP Pulau Pinang tampil dengan mekanisme menyediakan perumahan kepada rakyat pelbagai latar belakang di negeri ini dan tidak melepaskan tanggungjawab itu terhadap Kerajaan Persekutuan semata- mata.
Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk negeri ini khususnya orang Melayu mengambil pengajaran terhadap dasar pentadbiran DAP terutama membabitkan isu perumahan.
"Apabila tiba musim pilihan raya, mereka melaungkan slogan 'Ubah' yang mana akhirnya orang Melayu dihalau, bukan sahaja yang menyokong BN, tetapi yang menyokong Pas seperti di Kampung Tok Subuh, Machang Bubuk yang turut diusir," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberi keutamaan kepada usaha menyediakan kediaman mampu milik kepada penduduk negeri ini yang sebahagian besarnya merupakan golongan miskin dan pertengahan.
"Saya difahamkan projek baharu bernilai RM1.2 bilion itu juga akan dilaksanakan pemaju dari Singapura sekali gus menimbulkan persoalan mengapa pemaju luar diberi keutamaan.
"Selain itu, apa pula manfaat projek tersebut kepada rakyat di negeri ini?" katanya.
Tiada jualan lelong rumah
Peluang melihat 'dinosaur' di Kedah
Lima strategi urus dana Baitulmal lebih efektif
Puting beliung: Penduduk masih trauma
Kerajaan DAP P.Pinang didesak utamakan keperluan rakyat
USM kaji bidang Kearifan Tempatan
Perak terus lonjak pelancongan
RM70,000 untuk pembinaan semula surau, madrasah di Kemboja
Nelayan mangsa ribut rayu bantuan
Konvoi motosikal kutip dana untuk bantu Gaza
Wujudkan ekosistem bersepadu
Rakyat perlu manfaatkan prospek Komuniti ASEAN
Perniagaan ikan pekasam menguntungkan
39,574 calon duduki PT3 di Perak
Usahawan digesa dapatkan sijil Mesti
Bina parkir bertingkat di Padang Besar
Warga emas rayu bantuan rumah
RM9 juta bina jambatan baharu
Teman Pili Bomba bantu kurangkan vandalisme
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












