saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 17/10/2014

Ambil tahu masalah masyarakat

TAJUDDIN Abdul Rahman (depan, tiga dari kiri) bergambar dengan ketua-ketua kampung dan ahli-ahli JKKK dalam Seminar JKKK di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan, semalam.

TELUK INTAN 16 Okt. - Ketua-ketua kampung diingatkan supaya menjalankan tugas diamanahkan oleh kerajaan sebaik mungkin dan bukan hanya untuk mendapatkan populariti serta elaun.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan tidak mahu ketua kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hanya berpeluk tubuh dan tidak turun padang untuk mengambil tahu kebajikan atau melihat kesulitan dialami rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menambah, mereka harus sentiasa mengambil berat, membantu dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Turunlah ke akar umbi. Lihat sendiri keadaan orang kampung, apa yang boleh dibantu. Jangan hanya berpeluk tubuh sahaja, guna jawatan untuk dapatkan nama dan elauan semata-mata.

"Mainkan peranan dengan sebaiknya, pupuk kerjasama dengan pihak polis supaya hal-hal berkaitan keselamatan kampung dapat ditangani secara bersama. Bangunkan kampung, supaya penduduk selesa dan akan terus menyokong kepimpinan sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Seminar JKKK di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamaludin dan ADUN Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali.

Menurut Tajuddin, ketua-ketua kampung serta barisan JKKK mereka perlu berhenti daripada memperkata dan mempertikaikan kewibawaan masing-masing dalam mentadbir kampung.

Sebaliknya, Tajuddin berharap mereka mencari kelemahan sendiri terlebih dahulu dan memperbetulkannya.

"Ketua-ketua kampung perlu hormati satu sama lain, begitu juga dengan JKKK.

"Ketua-ketua kampung yang baharu dilantik pula, belajarlah daripada ketua-ketua kampung yang lebih berpengalaman. Ini bagi memastikan segala masalah timbul di kampung masing-masing dapat diselesaikan dengan mudah dan dibawa kepada pengetahuan wakil rakyat," jelas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.