saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 17/10/2014

Tiada jualan lelong rumah

BUKIT MERTAJAM 16 Okt. - Amanah Raya Berhad (ARB) menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook mengenai lelongan rumah di Bertam Putra dekat Kepala Batas di sini.

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penyebaran iklan itu adalah berniat jahat dan pihaknya telah membuat laporan polis.

"Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan iklan palsu itu yang ingin memburukkan nama ARB kerana kami tidak pernah menganjurkan lelongan seperti itu.

"Bagi mengelakkan sebarang masalah, pihak ARB telah membuat laporan polis berkaitan isu itu dan kini menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurut iklan yang tersebar itu, sebanyak 267 unit rumah berpagar dan mempunyai pengawal, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 116 meter persegi dilelong pada harga RM120,000 hingga RM180,000 seunit.

Rumah jenis town house itu mempunyai sebuah rumah kelab untuk penduduk beriadah selain kolam mandi, padang permainan kanak-kanak, gimnasium dan bilik mesyuarat dengan penyaman udara.

Selain itu, rumah tersebut juga didakwa berhampiran dengan beberapa institusi pengajian tinggi serta pasar raya besar seperti Sunshine dan Mydin Mall.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.