KUALA TERENGGANU 19 Okt.-Penarik beca di sekitar Pasar Kedai Payang di sini hari ini tertarik melihat wajah baharu Mingguan Malaysia yang memperkenalkan konsep "lipat-lipat".-UTUSAN?SHAIFUDIN MOHD. NOR
MELAKA 17 OKT. 2014 - Penolong Pengarah Imigresen Melaka, Norhafiza Junaidi (kanan) bertanyakan sesuatu ketika memeriksa 21 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam satu operasi sekitar Melaka Tengah di Pejabat Imigresen Melaka, Ayer Keroh semalam. - UTUSAN/Manirah Othman
MELAKA 17 OKT. 2014 - Anggota polis mengusung mayat Sapura Yaakub, 30, yang ditemui terdampar di Pantai Puteri Melaka di sini hari ini. - UTUSAN/Manirah Othman
KUALA LUMPUR 17 OKT. 2014 - Artis, Maman Teacher`s Pet (tengah) bertanyakan sesuatu kepada seorang wargakota semasa program rakan-rakan artis bersama gelandangan di Kuala Lumpur di sini semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz
KUALA LUMPUR 17 OKT. 2014 - Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengumumkan akan bertanding merebut kerusi Exco FIFA menunjukkan logo kempennya, "1Asia 1Voice" pada sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
MARANG 16 OKT. 2014 - Kemalangan berdekatan masjid Pulau Kerengga di sini akibat dua kenderaan yang terbabas selepas dipercayai berlumba. Kejadian itu turut mengorbankan imam, bilal dan siak masjid berkenaan yang sebelum itu berehat di pondok berdekatan masjid tersebut selepas solat Zohor. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 16 OKT. 2014 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuba motosikal elektrik selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Ekoantarabangsa Malaysia 2014 (IGEM2014) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/Fauzi Baharuddin
KUALA LUMPUR 16 OKT. 2014 - Pegawai Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menahan seorang peniaga tanpa lesen dalam operasi Ops Tegas siri-19 di Pasar Pudu di sini, hari ini. - UTUSAN/Azlan Hadi Abu Bakar