saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/02/2013

Filem "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" kutip RM2.5 juta

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tatkala kutipan tiket filem-filem Melayu dikatakan merudum, filem "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" berjaya membuat kutipan tiket RM2.5 juta selepas empat hari tayangannya di pawagam seluruh negara sejak 7 Februari lalu.

Pegawai promosi filem tersebut, Azwan Anuar berkata, filem arahan Mamat Khalid itu mendapat sambutan ramai kerana kebetulan tayangannya sewaktu musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang agak panjang.

"Sewaktu tayangannya di pawagam TGV, Suria KLCC beberapa hari lalu, lebih 2,000 penonton telah menonton filem ini. Filem ini masih ditayangkan dan kami harap kutipan tiketnya akan terus bertambah," katanya yang turut berlakon dalam filem tersebut.

Filem "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" terbitan Tayangan Unggul itu adalah sekual kepada filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" yang turut mendapat sambutan baik sebelum ini. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.