saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/03/2009

Tradisi hidup D. J Dave


MENYUAP kek kepada salah seorang kanak-kanak yang diraikan.


PADA kedudukannya hari ini, tiada apa lagi yang didambakan oleh seniman Datuk D. J Dave. Ketika usia sudah mencecah 61 tahun pada 14 Februari lalu, Dave atau nama Islamnya, Irwan Shah Abdullah mengharapkan rahmat yang berkekalan daripada Yang Maha Esa.

Justeru, dalam mengharungi kehidupan sebagai anak seni dan ahli perniagaan, Dave mahu meraikan kehidupan dan kesenangan yang dikurniakan Tuhan kepadanya dengan mereka yang benar-benar memerlukan.

Paling tepat, golongan kanak-kanak yang diraikannya saban tahun sejak 37 tahun lalu menawarkan kepuasan yang bukan sedikit buat Dave.

Seperti tahun-tahun yang lalu, Dave meraikan hari lahirnya dengan memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, tidak seperti orang lain yang menyambut hari lahir dengan menerima hadiah daripada orang lain.

Ia bertitik tolak pada tahun 1972 semasa dia muncul menyanyi sebuah lagu Hindi dalam rancangan hiburan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mendedahkan bagaimana semua itu berlaku, kata Dave, ia bermula apabila seorang kanak-kanak kurang upaya mendekatinya dengan melontarkan idea kepadanya supaya merakamkan lagu-lagu Hindi popular dalam ke bahasa Melayu.

Idea kanak-kanak itu ujarnya, bermain di fikirannya sehingga terbawa-bawa ke dalam tidurnya.

"Saya tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan kata kanak-kanak itu," Dave berkongsi momen penting yang membawa perubahan besar dalam kerjaya seninya itu.

Enam bulan kemudian, selepas bekerja keras, Dave akhirnya muncul dengan single Maafkanlah yang merupakan lagu saduran daripada sebuah lagu Hindi yang cukup popular.

Nasib menyebelahinya, apabila lagu tersebut menjuarai carta Lagu Popular Minggu Ini di RTM selama 13 minggu berturut-turut.

"Kerana kanak-kanak istimewa jugalah saya membuat keputusan berhenti kerja di Pos Malaysia. Saya membuat keputusan untuk aktif menyanyi dan membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

"Saya gembira menyambut hari lahir saya bersama mereka kerana merekalah saya ada di sini sekarang," katanya semasa menyambut hari lahir ke-61 di Hotel Quality, Shah Alam pada 14 Februari lepas.

Menurut Dave, setiap tahun beliau akan menjemput beberapa buah rumah kebajikan atau persatuan kebajikan untuk meraikan ulang tahun kelahirannya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, dia akan dibantu oleh anak-anaknya iaitu Shaz Darwin dan Darwina Farhana untuk mengendalikan majlis. Anak sulungnya, Arveen, tidak dapat hadir kerana menetap di luar negara.

Tahun lalu Dave menganjurkan acara hari lahirnya di Singapura dan pernah mengadakan majlis yang sama di Sydney, Australia atau di mana-mana destinasi beliau berada pada ketika itu.

Majlis yang diadakan kali ini dihadiri oleh 200 kanak-kanak dari lima buah rumah kebajikan iaitu Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor Dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim), Rumah Kanak-Kanak Tara Bhavan dan Persatuan Anak-Anak Yatim dan ibu Tunggal Kampung Medan.

Selain menghiburkan, menjamu dan memberi hadiah kepada mereka, Dave juga menderma sebanyak RM2,000 kepada setiap rumah kebajikan yang dijemput itu.

Menurut Dave, kali ini dia menjemput Pernim kerana ingin mengubah persepsi negatif dan stigma masyarakat pada golongan yang dijangkiti virus HIV/ AIDS.

"Saya mahu masyarakat menyedari tidak salah kita berkongsi kasih sayang bersama mereka walaupun mereka merupakan anak-anak pesakit HIV kerana mereka tidak bersalah dan memerlukan kasih sayang kita," ujar penyanyi tinggi lampai itu lagi.

Dalam keseronokan meraikan kanak-kanak selain memberi tumpuan pada perniagaan, Dave masih lagi aktif berkarya.

Sesekali beliau akan menerima undangan persembahan pentas khususnya bertujuan amal.

Pada masa yang sama, beliau merancang untuk kembali ke studio dan mengadakan kerjasama dengan penyanyi dari Indonesia bagi mengeluarkan single berentak pop Hindi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.