saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 24/03/2009

Anugerah Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2008


TUANKU Mizan Zainal Abidin menyampaikan trofi Olahragawati Kebangsaan kepada Nicol pada majlis Anugerah Sukan Negara 2008 di Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/HAFISH KOSMAT


KUALA LUMPUR - Dua pemain No. 1 dunia yang bergelar Datuk ketika ini dan sama-sama pula berasal dari Pulau Pinang, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2008 pada majlis Anugerah Sukan Negara di sini, semalam.

Bagi Chong Wei, ini kali kedua beliau meraih anugerah tertinggi sukan negara itu. Kali pertama ialah untuk tahun 2005.

Kejayaan Chong Wei, 26, ini sekali gus meneruskan penguasaan sukan badminton untuk tahun kedua berturut-turut. Tahun lalu, anugerah olahragawan ini diraih pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Hadiah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.

Badminton turut menguasai Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik semalam menerusi Datuk Misbun Sidek yang juga mentor Chong Wei.

Bagi ratu skuasy, Nicol pula, ini merupakan tahun keempat berturut-turut dia meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan sejak 2005.

Malah, kejayaan semalam membolehkan pemain berusia 26 tahun itu menambah koleksi anugerah itu dengan memenanginya enam kali termasuk pada 1999 dan 2003.

Lebih manis, Nicol adalah atlet pertama yang pernah dan paling banyak memenangi anugerah Olahragawati Kebangsaan ini.

Sebelum ini, Nicol mempunyai rekod pencapaian sama dengan perenang negara, Nurul Huda Abdullah dan pemain boling wanita negara, Shalin Zulkifli iaitu sebanyak lima kali.

Nurul Huda pernah memenanginya lima tahun berturut-turut dari 1985-1989 manakala Shalin pada tahun 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002.

Chong Wei dan Nicol masing-masing selaku olahragawan dan olahragawati membawa pulang hadiah RM10,000 dan trofi yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Chong Wei mengetepikan saingan Azizulhasni Awang (basikal), Zulmazran Zulkifli (boling), Safuan Said (boling padang) Cheng Chu Sian (memanah) dan Lee Hup Wei (olahraga).

Manakala Nicol mengetepikan saingan gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui (badminton), Chai Fong Ying (wushu), Fatehah Mustafa (basikal), Wendy Chai (boling), Siti Zalina Ahmad (boling padang) dan Siow Yi Ting (renang).

Sementara itu Chong Wei yang kini berada di India diwakili bapanya, Lee Ah Chai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.