saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/04/2009

Black Dog Bone kembali


Anggota asal Black Dog Bone.


KUMPULAN Black Dog Bone pernah mencetuskan fenomena kepada generasi muda era akhir 70-an dan mengisi kekosongan kumpulan muzik tempatan ketika itu. Biar pun beberapa lagu popular Black Dog Bone adalah saduran tetapi banyak kalangan peminat mengingati itulah lagu Black Dog Bone.

Hampir empat dekad berlalu tetapi lagu-lagu Black Dog Bone terus disiarkan hingga kini. Ini kerana banyak lagu-lagu nyanyian Black Dog Bone menjadi lagu malar segar kepada peminat-peminatnya.

Ditubuhkan pada 1973, sehingga kini peminat tetap menyanjungi Black Dog Bone sebagai antara kumpulan hebat yang pernah memberi warna tersendiri kepada dunia muzik negara ini dan juga Singapura.

Lagu-lagu seperti Si Gadis Ayu, Khayalan, Geram, Dahulu Dan Sekarang adalah antara karya yang menjadi siulan anak-anak muda akhir dekad 70-an dan terus diminati hingga kini.

Black Dog Bone dianggotai oleh Jatt selaku penyanyi dan pemain drum, Izzat (gitar), Masrom Ali (trompet dan valve trombone), Hamid Ahmad (bass), James Chai (tenor, saksofon, flute dan tamborine) dan Michael Heng (keyboard). Black Dog Bone boleh dianggap kerana pengaruh dalam industri muzik sejak sekian lama.

Tetapi malangnya kumpulan ini hanya bertahan sehingga tahun 1981 dan mereka sempat menghasilkan lapan buah album sebelum berpecah.

Antara album-album yang sempat dirakamkan termasuklah Sindir-Sindir Sayang, album pertama yang diterbitkan pada tahun 1976, Si-gadis Ayu, Khayalan, Dulu Dan Sekarang, Diganggu Kenangan, Bahagia, Derita dan Diskorama.

Namun atas permintaan peminat untuk melihat Black Dog Bone kembali, mereka akhirnya bersama-sama bergabung dalam album Reunion pada tahun 2002.

Pada sekitar awal 1980, lagu Jangan Lukakan Hatiku memuncak dan membuatkan Black Dog Bone diambang kegemilangan. Ia tidak sekadar menarik perhatian peminat di negara ini, tetapi turut sama menjadi kegilaan peminat negara asal mereka Singapura dan sehingga ke peringkat Asia.

Kehebatan Black Dog Bone bukan saja terletak pada kekuatan lagu tetapi juga kemampuan setiap anggota mereka yang boleh menyanyi dan bermain muzik.

Malah Black Dog Bone tidak hanya boleh mempersembahkan lagu-lagu rock dan pop sahaja malah kumpulan ini juga boleh menyanyikan lagu balada, joget, disko dan dangdut yang jarang dilakukan oleh sesebuah kumpulan pada masa kini.

Ada pihak yang mengatakan perpecahan kumpulan ini disebabkan Izzat yang menarik diri dan mahu menumpukan dalam bidang penciptaan lagu dan penerbitan album.

Walaupun berpecah, aktiviti seni mereka masih lagi diteruskan seperti biasa dan ada antara ahli kumpulan yang menjadi pemain muzik di kelab-kelab di Singapura.

Beberapa tahun selepas berpecah Jatt telah pun bergerak secara solo dan sempat menerbitkan beberapa buah album solo dan antara lagu popularnya termasuklah Merpati Putih.

Tahun demi tahun berlalu dan peminat masih lagi mengharapkan mereka untuk kembali bersatu sebagai seperti dahulu.

Pada 2004, mereka kembali bersatu dan mengadakan persembahan di Planet Hollywood sempena Sunday Nite Live yang dihadiri oleh peminat setia kumpulan ini.

Persembahan yang julung-julung kalinya itu turut menunjukkan taring kehebatan walaupun masing-masing sudah berusia lebih setengah abad.

Dalam persembahan itu mereka mendendangkan lagu Lupakan, Nyalakan Obor Seni Kita, Jangan Lukakan Hatiku, Dulu Dan Sekarang, Adikku Sayang, Bagaikan Kelkatu, Anekaragam, Joget Hati Jujur, Titisan Iman, Bibir, Relaks, Gadis Ayu serta Khayalan.

Kehadiran Black Dog Bone dipentas itu tidak sekadar mengubati kerinduan peminat malah turut sama mengembalikan nostalgia yang pernah dikecapi mereka masa lalu.

Hari Ibu bersama Black Dog Bone

Sempena Hari Ibu pada bulan Mei ini, Black Dog Bone akan muncul dalam konsert istimewa bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya.

Pada konsert ini, Kumpulan Utusan dilantik sebagai media rasmi sementara Sinar FM sebagai radio rasmi. Konsert dikendalikan oleh Box Office Malaysia yang cukup berpengalaman dalam menganjurkan konsert di negara ini.

Konsert Black Dog Bone yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Mei ini turut diserikan dengan persembahan Jay Jay dan Rahim Othman, kedua-dua bekas anggota kumpulan Carefree selaku undangan istimewa. Jay-jay akan menyanyikan lagu-lagu popular Carefree antaranya Rindu Bayangan yang melonjakkan nama kumpulan ini akhir 70-an.

Bagi yang berminat boleh membuat tempahan tiket di www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-4149 8600 untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.