saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/2009

Apabila 'hero' AF7 tersingkir


Walaupun tersingkir, aril tetap mendapat sokongan daripada tiara.


MUNGKIN kedengaran agak klise apabila terdapat mana-mana pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penyingkiran seorang atau dua pelajar favourite dari Akademi Fantasia (AF).

Inilah realitinya apabila jari menjadi juri dan hak itu 100 peratus diserahkan sebulat suara kepada para penonton setia rancangan itu.

Jika diimbas kembali senario penyingkiran yang berlaku sejak musim pertama lagi, antaranya Rosma (AF1), Zarina (AF2) dan Idayu (AF3), ternyata ia bukanlah sesuatu yang baru untuk dipertikaikan lagi.

Setiap musim ada sahaja persoalan berbangkit mengenai keputusan penyingkiran dan Sabtu lalu, persoalan tersebut kembali dipersoalkan apabila Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus tersingkir.

Dia yang saban minggu menerima tepukan gemuruh penonton apatah lagi, berjaya membuktikan kemampuan diri setelah dicabar dengan tugasan yang di luar kelompok kebiasaannya lewat tiga minggu lalu, terpaksa melangkah keluar dari gelanggang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Keputusan yang nyata mengejutkan bukan sahaja kepada pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina, barisan tenaga pengajar dan para pengkritik bahkan para penonton setia rancangan realiti paling popular itu sendiri.

Mengulas mengenai penyingkiran Aril, dalam nada sebak Tiara memberitahu, dia dan barisan tenaga pengajar langsung tidak menjangka bahawa Aril akan disingkirkan pada konsert kali ini.

"Kami di akademi langsung tidak menjangka Aril yang terkeluar sebab dia antara pelajar yang paling rajin dan dedikasi. Dia juga antara bakal ikon yang ingin kami lahirkan sebab dia mempunyai pakej yang hampir lengkap.

"Tak boleh buat apa, sebab ia bergantung kepada sistem undian dan kita tidak tahu apa sebenarnya yang pengundi mahukan. Bagaimanapun, bagi kami Aril adalah ikon," katanya.

Kedudukan Aril ketika dipaparkan di awal konsert adalah di kedudukan yang agak selesa iaitu di tempat keempat dengan 12 peratus undian iaitu 2 peratus kurang daripada Hafiz yang mengungguli tempat ketiga.

Bagaimanapun, ketika undian ditutup, kedudukan Aril adalah di tempat tercorot dengan 11 peratus undian, kurang beberapa mata di belakang Claudia yang juga memperoleh 11 peratus.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul pada sidang media itu memberitahu, keputusan sama ada berlaku penyingkiran atau tidak pada setiap konsert telah ditentukan sebelum konsert bermula.

"Keputusan undian memang diaudit dan kita perlu hormat apa juga keputusan yang diberikan. Kami sebagai penganjur tiada pilih kasih dan perlu bersikap adil.

"Terus terang, kedudukan Aril setelah undian ditutup pada beberapa konsert sebelum ini selalu terkeluar dari kedudukan top 5. Kebiasaannya dia ditempat ke-6, ke-7 atau ke-8.

"Mungkin kerana sikap dan lagaknya tidak begitu menarik perhatian penonton atau mungkin juga pada sisi lain para pengundi selalu menolong pelajar di kedudukan terbawah sehingga terlupa para pelajar di kedudukan selesa," ujarnya yang mengakui terkilan dan kecewa dengan keputusan tersebut.

Persoalannya, benarkah sikap dan lagak Aril sama ada di atas pentas mahupun di akademi menjengkelkan sehingga mendatangkan rasa tidak senang di kalangan penonton?.

Menjawab pertanyaan itu kata Aril, segala yang dilakukan adalah berdasarkan sikap dirinya sendiri.

"Saya dah buktikan ini adalah diri saya sendiri dan jika orang kata saya kecoh atau apa sahaja itu sebenarnya adalah watak saya.

"Di atas pentas, sebagai penghibur kami diajar untuk tunjukkan pesona. Berat macam manapun tugasan yang diberikan kami kena tunjukkan diri sendiri.

"Mungkin apa yang peminat nampak dan apa yang kami belajar tak semuanya dapat ditonton oleh peminat dirumah.

"Kami memang diajar untuk tunjukkan pesona di atas pentas dan bukannya saja-saja nak buat poyo atau sebagainya," kata adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu lagi.

Berbicara tentang arah tujunya selepas tersingkir dari AF7, kata anak ketiga daripada empat beradik itu, dia masih lagi menunggu keputusan daripada Astro Entertainment Sdn. Bhd., (AESB).

"Dari segi muzik, saya berani mencuba apa-apa genre pun sebab untuk menjadi ikon, saya kenalah mencuba semua.

"Saya suka aliran muzik kumpulan Padi bagaimanapun, tidak salah jika saya nak cuba buat sesuatu yang lain," katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Dengan penyingkiran Aril, enam lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan pada konsert kelapan Sabtu ini ialah Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 18; Hafiz (Mohd. Hafiz Mohd. Suip), 19; dan Yazid (Mohd. Yazid Kamal Ibrahim), 22.

Pelajar lain adalah Claudia (Claudia Fay Geres), 23; Isma (Ismaliza Ismail), 30; dan Aishah (Siti Aishah Bujang), 18.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.