saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/05/2010

Berbasikal dari China ke Rusia


Mohd. Yasin Mohd. Salleh membuat pelepasan simbolik kepada Zahariz Khuzaimah yang akan membuat kayuhan sejauh 10,000 kilometer di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 10 Mei - Demi menyahut semangat 'Malaysia Boleh', seorang pemuda, Zahariz Khuzaimah, 30, akan melakukan penjelajahan berbasikal secara solo dari Litang di Selatan China sehingga ke Omsk di bahagian tengah Rusia yang menyaksikan perjalanan paling mencabar di dunia sejauh 10,000 kilometer.

Penjelajahan yang mengambil masa kira-kira tujuh bulan itu membabitkan jalan darat merentasi lembah paling dalam di dunia, Tiger Leaping Gorge di Yunan termasuk merentasi Tibet dan Banjaran Himalaya iaitu kawasan tertinggi di dunia.

Zahariz yang merupakan bekas pensyarah sebuah kolej berkata, penjelajahan itu merupakan impiannya sejak kecil dan cabaran pertama merentasi dunia secara berbasikal.

"Program ini merupakan satu usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan di samping memperkenalkan Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang perjalanan saya.

"Aktiviti pengembaraan secara berbasikal menjadi minat saya sejak kecil yang saya fikir ia merupakan cara terbaik untuk menikmati keindahan alam semulajadi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas upacara pelepasan program penjelajahan itu yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh di sini hari ini.

Selain merentasi wilayah Tibet, penjelajahan Zahariz yang bermula 18 Mei ini turut merentasi sebahagian daripada laluan sutera yang merupakan laluan perdagangan penting dalam sejarah silam.

Aktiviti pengembaraan anak muda dari Kuala Lumpur itu turut melalui Banjaran Karakoram dan kawasan pergunungan Altai di Asia Tengah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.