saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/05/2009

Bawang Putih Bawang Merah versi lelaki


BARISAN pelakon yang mewarnai Merah Puteh, karya moden yang diadaptasi daripada Bawang Putih Bawang Merah.


FILEM berjudul Bawang Putih Bawang Merah yang ditayangkan pada 1959 merupakan antara karya klasik Melayu yang masih bertahan popularitinya sehingga kini.

Menampilkan seniwati Latifah Omar serta Datin Umi Kalthum sebagai Bawang Putih dan Bawang Merah, kemunculan Allahyarham Siti Tanjung Perak selaku ibu tiri yang kejam sememangnya cukup berkesan dalam menghidupkan perjalanan cerita filem tersebut.

Masih mendapat perhatian dan sering ditayangkan di stesen-stesen televisyen, ia membuktikan bahawa filem yang genap usianya 50 tahun itu punyai kekuatan tersendiri, sama seperti filem-filem klasik Melayu lain.

Justeru, atas dasar popularitinya yang kekal bertahan, Radius One Sdn. Bhd. mengambil kesempatan itu untuk menerbitkan karya terbaru mereka berjudul Merah Puteh yang mengambil latar filem itu sebagai sumber inspirasi.

Mula menemui penonton sejak 7 April lalu di TV3, Merah Puteh yang bersiaran sebanyak 20 episod nyata membawa elemen berbeza berbanding karya klasik filem terbabit, termasuk versi moden Indonesia iaitu Bawang Merah Bawang Putih yang diterbitkan dalam bentuk sinetron pada 2006.

Mengekalkan jalan cerita kekejaman si ibu tiri, ia bagaimanapun diberi nafas baru dan apa yang menarik, watak utamanya dipegang oleh lelaki.

Merah Puteh menampilkan barisan pelakon handalan antaranya Ellyas Abdullah sebagai Puteh, Zahiril Adzim (Merah), Dira Abu Zahar (Anggun), Tania Zainal (Datin Mastura), Nadia Aqilah (Mulan) dan Shaharudin Thamby (Datuk Jehan).

Pengarah Merah Puteh, Isma Yusoff berkata, drama bersiri pertama arahannya itu dimodenkan bagi menonjolkan kelainan terhadap karya-karya Bawang Putih Bawang Merah sebelum ini.

"Walaupun mengetengahkan lelaki sebagai pemegang watak utama, selain jalan cerita yang sama, Merah Puteh masih mengekalkan elemen-elemen lain yang terdapat dalam filem klasik Bawang Putih Bawang Merah.

"Antaranya, unsur-unsur mistik, ibu tiri, ikan kaloi dan kemerduan suara yang dimiliki Bawang Putih.

"Namun, semua unsur-unsur itu diubah untuk diterapkan ke dalam versi moden ini,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra pelakon Merah Puteh di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ujar Isma, menerusi Merah Puteh, setiap watak mempunyai dua sifat berbeza iaitu baik dan jahat.

Sebagai contoh, jelasnya, walaupun Datin Mastura, ibu tiri Puteh, selalu memberi layanan buruk terhadap Puteh, dirinya masih ada sifat-sifat baik yang lain.

"Dalam Merah Puteh juga, pastinya orang tidak akan marah sepenuhnya kepada Merah. Merah ada kalanya menjadi penyokong kepada Puteh,'' katanya.

Ditanya mengenai watak Mulan, lakonan Nadia Aqilah, yang digambarkan sebagai perempuan sihir, Isma berkata, ia juga telah melalui proses pemodenan dengan memperlihatkan Mulan bukanlah perempuan sihir seperti dalam karya klasik lain.

"Drama ini menyaksikan Mulan sebagai perempuan sihir yang amat berbeza. Dia tidaklah seperti perempuan sihir yang biasa kita tonton,'' jelasnya.

Kepada soalan tentang drama siri pertama arahannya itu, Isma menjelaskan, dia sangat optimis karya itu akan diterima baik oleh penonton.

"Sudah beberapa episod disiarkan, saya menerima maklum balas yang baik. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi kepercayaan untuk mengarahkan Merah Puteh,'' katanya.

Tahun ketiga Ellyas sebagai pelakon

Sementara itu, Ellyas ketika diajak berbicara tentang Merah Puteh berkata, dalam drama bersiri itu, dia membawa karakter sebagai lelaki yang pendiam tetapi bukanlah seorang pemalu.

Puteh, katanya, suka kepada bidang seni manakala saudara tirinya iaitu Merah lebih meminati sukan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya dalam bidang lakonan. Saya bermula dengan drama bersiri Dunia Baru.

"Watak Puteh banyak bermain dengan ekspresi wajah tetapi tidaklah terlalu emosional kerana ini adalah versi lelaki,'' ujarnya.

Gementar bawa watak utama - Zahiril

Dalam pada itu, bagi Zahiril yang mula dikenali menerusi filem Kami pada tahun lalu, Merah Puteh begitu mencabar kerana ini adalah pengalaman pertamanya memegang watak utama.

"Sudah tentu saya gementar. Ini juga adalah peluang saya untuk mencuba pelbagai karakter.

"Merah sememangnya amat berlainan daripada sikap diri saya sendiri. Dia (Merah) seorang yang aktif dan agresif dan saya diberi kebebasan menyuarakan pendapat tentang watak Merah,'' jelasnya.

Zahiril sebelum ini pernah berlakon dalam filem Kami dan kemudiannya Seandainya Aku Siti sebelum berkecimpung dalam teater berjudul Kompilasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.