saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/05/2009

Persamaaan hidup dua Yusof


YUSOF Kelana dan Yusof Haslam bersama memotong kek sempena usia mereka 55 tahun.


TANGGAL 24 April lalu, usia penerbit dan pengarah filem terkemuka tanah air, Datuk Yusof Haslam genap mencecah 55 tahun.

Bahagia di samping keluarga, isteri tercinta iaitu Datin Fatimah Ismail, anak-anak serta cucu, tiada kata mampu diungkapkan melainkan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah buatnya.

Keluarga bagi Yusof adalah segala-galanya dan menginjak ke usia itu, ketenangan adalah perkara utama yang dicari tatkala ini.

Atas sebab itu, Yusof yang pernah dikenali sebagai pengarah jutawan bagai enggan untuk membenarkan cucu-cucunya berpindah daripada banglo mewah miliknya yang tersergam indah di atas bukit di Taman Melawati, Ampang, Selangor itu.

" Kalau tidak ada cucu, saya boleh jadi gila.'' Itu yang dirumuskan oleh Yusof sejurus selepas beliau diraikan pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-55 tahun yang diadakan di banglo mewah itu.

Dihadiri lebih 100 tetamu termasuk bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainudin Maidin serta barisan selebriti, majlis serba ringkas tetapi meriah itu turut meraikan rakan seperjuangannya iaitu Yusof Kelana yang juga berkongsi usia 55 tahun menjelang 27 April.

Hadir sama, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof, wartawan hiburan veteran Aimi Jarr dan Pengurus Besar (filem & drama) Primeworks Studios, Ahmad Fuad Onah.

"Ini pertama kali saya dan Yusof Kelana sambut hari jadi secara bersama. Antara saya dan Yusof Kelana sudah saling mengenali serta rapat sejak 1975 lagi.

"Sudah lebih 30 tahun pun. Kami sama-sama tua dan berjuang dalam dunia seni,'' katanya.

Menurut Yusof, menyelusuri perjalanan hidup, beliau sentiasa berusaha untuk mengelak daripada bermusuhan dengan sesiapa.

Jelasnya, hidup tanpa musuh mampu membawa seseorang itu kepada ketenangan dan kebebasan.

"Dengan Yusof Kelana, kami sering bertengkar, bergaduh dan berselisih faham. Itu perkara biasa dalam persahabatan.

" Syukur antara saya dan dia, nilai-nilai persahabatan antara kami tidak pernah putus,'' katanya dalam nada cukup terharu.

Katanya, dengan kejayaan yang dikecapi kini, dirinya juga tidak bisa melupakan semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaannya.

"Terima kasih kepada media yang banyak menyokong karier saya. Kepada wartawan-wartawan dahulu seperti Aimi Jarr dan Bahyah Mahmood.

"Saya tidak pernah lupa kepada orang-orang lama. Juga terima kasih semua pekerja-pekerja saya,'' Yusof merakamkan penghargaan.

Dalam meneruskan kelangsungan legasi seninya, Yusof barangkali cukup gembira kerana bakatnya diwarisi anak lelakinya, Syamsul.

Namun begitu, pada majlis itu, Yusof berterus-terang mengenai hubungannya dengan Syamsul yang ada ketikanya cukup genting dan panas.

Sebagai bapa, Yusof tidak pula berkecil hati atau terguris perasaan dengan sikap Syamsul kerana sutradara veteran itu sangat memahami sikap dan personaliti orang muda seperti anaknya itu.

Ketika ini, Yusof terpaksa akur apabila Syamsul memilih untuk tinggal berasingan.

"Dengan dia (Syamsul) pun saya berkonflik. Dia tidak lagi tinggal serumah kerana katanya, saya asyik berleter.

"Biarlah dia berdikari. Walaupun begitu, dia tetap rindukan rumah dan keluarga. Konflik kami bukanlah konflik keluarga tetapi berkaitan dengan kerja saja,'' katanya.

Ujarnya, Syamsul yang filem kedua arahannya iaitu Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam baru sahaja ditayangkan di pawagam, kini dilihatnya semakin matang dan pandai bergaul dengan orang lain.

"Kalau tidak, dia asyik terperuk sahaja dalam bilik. Sebelum ini ramai yang kata dia sombong dan tidak pandai bergaul,'' katanya sambil menambah drama Gerak Khas terbitan Skop Production Sdn. Bhd. akan menyambut ulang tahun ke-10 penyiarannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 Mei ini.

Kenangan bersama Yusof Haslam

Sementara itu, bagi Yusof Kelana, majlis sambutan hari jadi ini akan meninggalkan nostalgia buat dirinya.

Ini kerana, antara beliau dan Yusof sudah melalui pelbagai kisah pahit manis bersama ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia seni.

"Kami ada banyak persamaan. Lahir di tahun yang sama, minat yang sama dan kami bertemu jodoh masing-masing pun di tahun yang sama.

"Namun, dalam pelbagai persamaan itu, entah berapa kali kami bergaduh. Saya sendiri sudah beberapa kali merajuk dengannya tetapi dialah orang yang pertama akan minta maaf.

"Sebenarnya, bukan sahaja saya dan Yusof Haslam sahaja berkawan baik tetapi juga A. Galak. Kami boleh dianggap sebagai tiga serangkai,'' kata Yusof Kelana mendedahkan rahsia keakraban mereka tiga sahabat.

Ujarnya yang ditemani isteri Nur Mainah Malik, ketika rakannya, Yusof menubuhkan Skop Production, dia pula mengasaskan syarikat produksi, M.E Communication.

"Saya berbangga kerana menerusi Skop Production, Yusof Haslam sudah pergi jauh lebih maju.

"Walaupun sudah maju, dia masih tidak melupakan rakan-rakannya. Seperkara menarik tentang Yusof Haslam, dia tidak lokek memberikan nasihat serta semangat kepada rakan-rakannya,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.