saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/05/2009

Saya tak hukum Farid - Yusof Haslam


Farid Amirul Hisham Wu Abdullah sebagai Detektif Lim.


DIAM tak diam, sudah satu dekad drama bercorak kepolisan popular Radio Televisyen Malaysia (RTM), Gerak Khas bersiaran menemui penonton setianya.

Sepanjang tempoh itu juga, pelbagai informasi tentang perjalanan kerjaya polis didedahkan kepada umum sebagai maklumat dan proses pembelajaran.

Berbeza dengan drama-drama tempatan lain, siri Gerak Khas dilihat sebagai satu medium hiburan yang bukan sahaja menonjolkan kisah hidup ruang lingkup mereka yang bekerja di balai polis malah, cabaran yang dihadapi dalam menyelesaikan sesebuah kes.

Membanggakan

Tentu sahaja menjadi sesuatu yang membanggakan apabila drama bersiri tersebut disenarai sebagai penerima Malaysian Book Of Record (MBOR) kerana menjadi satu-satunya drama bersiri paling lama bersiaran di kaca televisyen.

Bagaimanapun, kerancakan siri Gerak Khas yang memulakan siarannya pada 5 April 1999 itu selera penonton bagaikan direntap apabila reputasi siri yang berjaya mengekalkan rating antara 1.5 hingga 2 juta penonton itu tercalar berikutan beberapa masalah yang melibatkan pelakonnya.

Bermula kisah penangkapan khalwat pelakon Norman Hakim dengan pelakon baru Memey Suhaiza Suhaimi pada 30 Oktober tahun lalu menyaksikan kontrak Norman dalam siri tersebut terpaksa dihentikan.

Ironinya, episod 'duka' itu tidak hanya terhenti di situ apabila jutaan peminat setianya dikejutkan dengan kisah kemelut rumah tangga yang akhirnya membawa kepada penceraian Abby dan Norman pada pertengahan Disember tahun lalu.

Baru-baru ini, peminat siri itu sekali lagi dikejutkan dengan laporan yang menyatakan pelakon yang memegang watak sebagai Detektif Lim, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang didakwa atas tuduhan mencuri dua buah buku The Sistine Secrets dan Decoding The Heavens yang harganya berjumlah RM194.90 di kedai buku MPH, pusat membeli belah Mid Valley pada 27 Mac lalu.

Pengarahnya, Datuk Yusof Haslam ketika ditemui pada majlis ulang tahun siri Gerak Khas ke-10 di Padang Semarak, Angkasapuri baru-baru ini menyifatkan Farid sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesalahan.

"Perkara ini saya anggap terlalu peribadi. Bagi pihak saya memang tiada sebarang masalah sebab hal ini kalau boleh biarlah dia yang selesaikan sendiri.

"Kalau kita nak hukum dia sekarang sebelum diputuskan oleh pihak mahkamah memang saya rasa tidak patut. Tambahan pula dia antara pelakon yang saya suka kerana memberi komitmen 100 peratus terhadap lakonan.

"Perkara yang berlaku pada Farid saya anggap kecil, bagaimanapun jenayah tetap jenayah dan biarlah mahkamah yang tentukan keputusannya," katanya.

Bercerita tentang siri Gerak Khas yang kini menjengah ke tahun ke-10 ditayangkan, menurut Yusof pada awalnya dia langsung tidak menyangka drama terbitan syarikatnya, Skop Productions boleh bertahan dan masih diminati walaupun telah 10 tahun ditayangkan.

"Memang saya tak sangka sejauh ini Gerak Khas boleh pergi. Bagaimanapun, ada seorang yang berkata, dia yakin bahawa Gerak Khas boleh bertahan lama melebihi 10 tahun iaitu A. Galak.

"Memang A. Galak antara pelakon yang paling setia bersama saya. Bukan hanya Gerak Khas tetapi dia telah terlibat dalam drama-drama sebelumnya termasuk Roda-Roda Kotaraya," kata pengarah yang telah menerbitkan lebih 500 buah episod siri tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.