saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/08/2010

Rosmah: IFF mampu rapatkan jurang negara Islam-Barat


Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama Putera Monaco, Putera Albert II (tengah); Maira Nazarbayev dari Kazakhstan dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Al-Thani (kanan) bergambar pada Festival Fesyen Islamik di Monte Carlo, Monaco, semalam. - Reuters


MONTE CARLO 10 Ogos - Penganjuran Festival Fesyen Islamik (IFF) mampu membantu merapatkan jurang antara negara Islam dan Barat kerana ia secara tidak langsung dapat memberi kefahaman kepada masyarakat dunia terhadap keindahan budaya Islam.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sehubungan itu penjelajahan merentas dunia untuk mempromosikan busana Muslim mampu mengubah persepsi terhadap dunia Islam, memberi inspirasi di samping memperkukuhkan ikatan antara negara.

"Salah satu objektif terbesar IFF adalah menyatukan budaya dan negara untuk memberitahu bahawa melalui fesyen kita merangsang pemahaman dan rasa hormat antara masyarakat yang berbeza agama dan kepercayaan.

"Saya berbangga kerana IFF telah berjaya sampai sebegini jauh untuk mempromosikan busana Islam dan mendapat maklum balas daripada pelbagai latar belakang dan agama di samping memperkukuhkan industri fesyen tersebut ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Beliau berucap pada majlis malam gala amal dan pertunjukan fesyen IFF di The Monte Carlo Sporting Club dekat sini malam semalam.

Antara pereka fesyen yang terlibat termasuk Datuk Tom Abang Saufi dari Malaysia dan Ghea Panggabean dari Indonesia.

Pada majlis tersebut sejumlah RM789,600 (188,000 euro) berjaya dikumpul menerusi lelongan tiga barangan termasuk foto Putera Monaco, Putera Albert II ketika mengunjungi Sarawak pada dua tahun lalu.

Kutipan itu akan disumbangkan kepada Yayasan Putera Albert II bagi membantu pemuliharaan alam sekitar.

Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Putera Monaco, Putera Albert II; Perdana Menteri Qatar dan isteri, Sheikh Hamad Al-Thani dan Sheikha Noora Abdul Aziz Al Hubaien; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta pengasas dan pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah.

Penganjuran IFF kali ini melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dianjurkan di Eropah.

IFF mula diperkenalkan pada 2006 dan sudah memasuki edisi keempat dengan objektif memartabatkan fesyen Islam di mata dunia.

Rosmah yang juga penaung IFF berkata, sebagai perintis dalam menggerakkan fesyen Islam, Malaysia harus mengambil peluang jurang dalam pasaran busana Muslim yang luas memandangkan ia bukan sahaja sesuai dipakai Muslimah tetapi wanita keseluruhannya.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, Malaysia sendiri sudah dikenali sebagai sebuah negara yang mengamalkan pendekatan sederhana dalam beragama selain pelopor kepada perdagangan Islam termasuk perbankan dan kewangan Islam dan dikenali sebagai hab halal untuk memasarkan pelbagai produk kepada pengguna Muslim di dunia.

Justeru, beliau yakin, penguasaan pasaran itu mampu menjadi realiti sekiranya semua pelopor pergerakan fesyen Islam meneruskan kesinambungan usaha tersebut.

Rosmah juga menganggap pemilihan kota Monte Carlo sebagai lokasi penganjuran kali ini amat tepat bukan saja untuk mempromosikan fesyen Islam tetapi juga pembuka jalan kepada pasaran Eropah bagi fesyen islamik yang diinspirasikan dari Malaysia dan seluruh Asia.

Sementara itu, Albert berkata, penganjuran festival fesyen berkenaan merupakan langkah penting untuk mengubah perspektif negatif dan prejudis terhadap fesyen Islam.

"Acara malam ini sederhana tetapi amat penting untuk mengeratkan persahabatan dan memastikan alam sekitar terus dipelihara dan menyingkirkan ketakutan terhadap busana Muslim," katanya. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.