saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 23/09/2010

Sepak Takraw KFC-Utusan dilancar


Raja Nong Chik menjulang trofi Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2010, sambil diperhatikan Muhammad Ali Hashim (empat dari kiri) dan Mohd. Nasir Ali (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran rasmi kejohanan tersebut di The Curve Damansara, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor


PETALING JAYA - Bahang dan kemeriahan Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2010 kian terasa dan menggamit warga serta pencinta sukan ini, ketika hari pertandingan cuma tinggal seminggu untuk disaksikan di Kompleks Rakan Muda, Puchong dan The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Malah majlis pelancarannya di The Curve oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, semalam selain angka penyertaan regu yang sudah mencapai 120 buah, bakal menjanjikan kehebatan luar biasa, yang mungkin setanding Kejohanan Sedunia MAS-Utusan Malaysia-RTM sekitar tahun 80-an.

Kemunculan semula 'Raja Sepak Takraw Asia', Adnan Saidin, yang membantu regu Malaysia menjuarai Kejohanan MAS-Utusan Malaysia-RTM 1985 dan 1986 di Stadium Negara, turut memeriahkan majlis pelancaran. Dia mempamer kemahiran menimang dan mengumpan bola, yang masih tidak luput di sebalik usianya yang melewati 50 tahun.

Juga hadir dalam demonstrasi timang bola ialah Raja Nong Chik; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Pengerusi KFC Holdings (Malaysia) Bhd., Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Terdahulu anak jati Kedah yang memenangi pingat emas Sukan SEA 1979, 1981 dan 1983 itu, diberi penghormatan menampilkan piala kristal khas, yang bakal menjadi rebutan 120 regu kategori Terbuka dan Bawah 18 Tahun, selain ganjaran wang tunai berjumlah RM40,800.

Tidak ketinggalan mempamerkan kehebatan dan bakat tersendiri menerusi demonstrasi acara baru sepak takraw tikam tuju yang cukup popular di utara tanah air ialah enam pemain skuad wanita negara yang terdiri dari Anis Nadia Jefri, Nor Farhana Ismail, Nurul Shahera Mukhtar, Razuliah Mat Razi, Nurrashidah Rashid dan Zur Ain Mat Yusof.

Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan pelancaran dua buku di bawah Siri Pendidikan Sukan terbitan anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Publications and Distributors, Sepak Takraw: Satu Cabaran Sejagat dan Rahsia Teknik Permainan Double Killer, yang masing-masing dikarang oleh Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa, Abdul Halim Kader dan bekas jurulatih negara, Hassan Minhad Sulaiman.

Dendangan lagu popular oleh Black Mentor dan Ana Raffali tidak ketinggalan menghiburkan para tetamu majlis dan pengunjung pusat beli-belah The Curve.

Kejohanan julung-julung kalinya ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selain 100PLUS, Figos, Milo, Brylcreem, Antabax dan Salim Sports, selaku rakan strategik manakala saluran sukan 24 jam, Astro Arena menjadi rakan media penyiar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.