saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2009

Pakai penutup hidung, mulut


PENGETUA Sekolah Menengah Sri Permaisuri, Razana Aini Ali Dawam memeriksa suhu badan seorang pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZULHAFIZ HANAFIAH


KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Kesihatan menasihatkan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) agar memakai penutup hidung dan mulut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, perkara itu penting kerana selagi mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala ILI, mereka masih menjadi punca jangkitan kepada pelajar lain.

‘‘Kementerian Kesihatan juga meminta kerjasama petugas peperiksaan agar pelajar yang mempunyai gejala ILI diasingkan daripada pelajar yang sihat,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka termasuk memaklumkannya kepada pihak sekolah.

Sementara itu jelasnya, tiada kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) dilaporkan hari ini dengan jumlah kematian kekal 77 orang.

Katanya, sebanyak 195 kes baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan hari ini manakala 227 kes dibenarkan keluar.

Beliau berkata, sebanyak 769 kes ILI masih dirawat di seluruh negara dengan 40 daripadanya disahkan positif H1N1.

Menurutnya, daripada 40 kes H1N1 yang masih dirawat itu, sebanyak 13 kes kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau memberitahu, 10 daripada 13 kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah lima tahun (lima kes), penyakit kronik (tiga kes) dan obesiti (dua kes).

‘‘Walaupun kebelakangan ini laporan kes H1N1 semakin berkurangan, Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa penularan penyakit itu masih lagi aktif di dalam komuniti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan membendung penularan wabak itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.