saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 09/10/2009

Mempelbagaikan hasil kelapa


Othman Khalid dan Sapura Nazri menunjukkan produk kelapa yang dihasilkan.


BERMULA sebagai peraih kelapa pada tahun 1998, Othman Khalid kemudian terfikir untuk menghasilkan kerisik. "Saya mendapat idea membuat kerisik semasa ke Kuala Lumpur dan Selangor dan mendapati permintaan terhadap kerisik amat menggalakkan.

"Ketika itu saya mengambil keputusan membuat kerisik secara manual bagi pasaran sekitar Bagan Datoh, Perak sahaja," katanya yang mendapat galakan daripada isterinya, Sapura Nazri.

Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini menghasilkan kira-kira 20 kilogram kerisik tetapi menambahkannya apabila permintaan semakin menggalakkan terutama semasa musim cuti sekolah dan perayaan.

Permintaan yang menggalakkan memerlukan mesin bagi mempercepatkan pengeluaran dan penghasilan produk.

Justeru pasangan ini berjaya mendapatkan pinjaman daripada Agro Bank bagi membeli mesin yang boleh menghasilkan kerisik sehingga satu tan.

Memandangkan komitmen besar yang diberikan dalam usahanya, Jabatan Pertanian memberikan sumbangan dalam bentuk pembinaan bengkel.

Ekoran permintaan yang semakin bertambah, beliau kemudian meningkatkan bilangan mesin daripada dua kepada lima buah bagi memantapkan lagi operasinya.

"Apabila usaha semakin menampakkan hasil, kami menghadirkan diri pula mengikuti pelbagai kursus melibatkan industri hiliran kelapa anjuran Jabatan Pertanian bagi input manakala teknologi dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

"Di sana, kami didedahkan dengan industri penghasilan minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, santan dan nata de coco," katanya semasa ditemui di bengkelnya di Kampung Sungai Betul, Bagan Datoh, Perak, baru-baru ini.

Bengkel penghasilan produk kelapa yang bersaiz 60 kaki x 20 kaki itu berupaya mengeluarkan 100 liter VCO, satu tan kerisik, 500 hingga 600 kilogram (kg) nata de coco dan 150 hingga 200 kg santan sebulan.

Sebagai peraih kelapa, Othman mudah mendapatkan bekalan kelapa dan beliau mempunyai kelebihan memilih kelapa yang sesuai untuk setiap produknya.

Misalnya kelapa yang telah matang digunakan untuk menghasilkan VCO, kerisik dan santan, manakala kelapa muda pula untuk menghasilkan nata de coco dan jeli kelapa.

Tidak mahu statik dengan hanya lima produk saja beliau mula mempelbagaikan produk VCO dengan menghasilkan minyak rambut, sabun serta beberapa produk kecantikan seperti krim malam dan losen tangan dan badan.

Othman berkata, minyak rambut daripada VCO mempunyai kelebihan mencegah uban serta menguatkan akar rambut bagi mengelakkan rambut gugur.

Mencari pasaran bukanlah sesuatu yang sukar bagi Othman apabila produknya telah berjaya dimasukkan dalam risalah pocketshop yang diedarkan di seluruh negara.

Selain itu beliau juga mendapatkan bantuan pemasaran dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Dengan cara ini membolehkan hampir semua produk hiliran kelapa saya dipasarkan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau yang gemar mendapatkan maklumat mengenai kelapa di Internet berkata, kelapa bukan saja terhad untuk masakan dan makanan tetapi kesihatan, perubatan, arang teraktif dan kraftangan.

"Bagaimanapun masih terlalu banyak kegunaan kelapa yang masih belum diterokai di negara ini misalnya arang daripada tempurung kelapa amat sesuai digunakan sebagai penapis dan boleh digunakan dalam pembakaran barbeku kerana kurang mengeluarkan asap," katanya.

Lebih membanggakan apabila bengkel yang diuruskan telah dipilih sebagai pusat pengumpulan produk industri kecil dan sederhana (IKS) bagan Datoh di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu usahawan lain memasarkan produk mereka.

Othman boleh dihubungi di 013-4540484 atau 019-4056711.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.