saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 09/10/2009

Kereta api laju RM250 juta


Gambaran kereta api elektrik dari Korea Selatan yang akan dibawa masuk ke Malaysia.


KUALA LUMPUR 8 Okt. – Berita baik untuk orang ramai. Penduduk di Ipoh, Perak atau utara Semenanjung Malaysia kini boleh berulang alik dengan mudah ke Kuala Lumpur dalam tempoh kurang dua jam.

Ini berikutan kereta api elektrik milik Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dijangka mula beroperasi April tahun depan.

Malah, penduduk di Ipoh turut berpeluang untuk ke Seremban dalam tempoh kurang tiga jam perjalanan.

Kereta api elektrik berkenaan yang berkelajuan 140 kilometer sejam (km/j), adalah untuk perjalanan sejauh 300 kilometer yang menghubungkan Ipoh ke Kuala Lumpur hingga ke hentian terakhir, Seremban.

Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, pihaknya menempah lima set kereta api daripada syarikat pembuat kereta api elektrik dari Korea Selatan, Marubeni dengan setiap set mempunyai enam gerabak (coaches).

Beliau memberitahu, kos pembelian kelima-lima set kereta api tersebut adalah sebanyak RM250 juta.

Jelasnya, melalui kereta api elektrik berkenaan, orang ramai dapat berjimat tempoh perjalanan kira-kira sejam.

“Buat masa ini, kita memperkenalkan tiga hentian iaitu Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban dan set kereta api pertama dijangka tiba pada bulan depan.

“Konsep baru ini menepati 1Malaysia yang menyatupadukan setiap kaum di dalam satu pengangkutan awam yang pantas.

“Selain itu, ia dapat mempromosi pelancongan Malaysia melalui kereta api elektrik tersebut kerana ia sudah lama diperkenalkan di negara-negara maju,’’ katanya selepas menghadiri majlis jamuan mesra 1Malaysia KTMB di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 2,000 jemputan terdiri daripada pesara dan kakitangan KTMB, kakitangan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan serta pelanggan setianya.

Selama ini, KTMB mempunyai tiga set kereta api komuter dengan setiap satunya mempunyai empat gerabak dan berkelajuan kira-kira 110 km/j.

Aminuddin menambah, kereta api elektrik berkenaan dijangka memuatkan kapasiti penumpang seramai 350 orang untuk setiap set kereta api.

Terdahulu, katanya, setiap set hanya mampu memuatkan 250 penumpang.

Ketika ditanya mengenai kadar caj tambang untuk kereta api elektrik berkenaan, Aminuddin berkata, pihaknya masih menilai mengenai perkara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.