saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 07/11/2010

Kad eksklusif untuk anda


SAZALINA tidak ralat mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli peralatan membuat kad.


MAHALNYA kad hari lahir ini. Tak masuk akal sungguh," keluh seorang gadis. Tangannya kemudian meletakkan kembali kad tersebut di rak jualan sebelum beredar dengan wajah yang hampa.

Hatinya ingin sekali memiliki kad itu untuk dihadiahkan kepada rakan, tetapi memandangkan wang di kocek begitu terhad, gadis itu hanya mampu menatapnya dari jauh.

Itu antara pengalaman Sazalina Zakaria, 25, sebelum mendapat akal menghasilkan kad-kad yang cantik dengan kreativiti sendiri tanpa perlu mengeluarkan wang.

Dengan hanya menggunakan kertas pembalut hadiah berwarna warni, gunting, gam dan beberapa hiasan kecil seperti manik, Sazalina mula bermain dengan peralatan itu bersama curahan idea kreatifnya.

Ternyata, selepas lima tahun menggali kemahiran sendiri, gadis yang mesra disapa Saza itu semakin memperlihatkan kemajuan.

"Semasa zaman belajar, faham-faham sahajalah, kewangan amat terhad. Jadi kalau hendak membeli sesuatu yang dihajati saya harus fikir banyak kali.

"Terus terang saya katakan, minat terhadap dunia kad sangat mendalam. Ibarat cinta pertama, membuat kad mampu membantu saya menghilangkan stres terutama apabila melihat hasilnya yang cantik dan comel," katanya.

Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Pusat Tenaga Malaysia, tutur Saza, dek kerana terlalu meminati dunia kad, dia sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk membeli pelbagai jenis peralatan membuat kad yang bukan kecil nilainya.

"Kebanyakan peralatan seperti mesin pemotong kertas dan pen berwarna adalah produk import. Maka, harganya pun mahal meski nampak kecil. Tak mengapalah, demi kepuasan sendiri," katanya.

Mengaku suka terhadap apa sahaja benda yang berwarna-warni, Saza memberitahu, dari situ dia meraih idea untuk menghasilkan pelbagai jenis kad ucapan termasuk hari lahir, perkahwinan, dan kad hari raya.

Malah, untuk menjadikannya lebih menarik, Saza juga banyak menggunakan hiasan seperti labuci, reben, butang baju, sepan, bunga-bunga kecil termasuk barangan kitar semula yang dirasakan punya nilai seni.

"Sudah beratus-ratus kad yang Saza hasilkan. Sekadar suka-suka dan sebagai hadiah kepada teman-teman.

"Saza juga ada buat rujukan daripada majalah dan Internet namun kebanyakan daripadanya dihasilkan menggunakan idea dan kreativiti sendiri," ujar gadis berbintang Scorpio ini.

Menyedari hasil krafnya itu sering mendapat pujian daripada rakan-rakan, pemegang ijazah Sains Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lantas menjadikan aktiviti yang asalnya hobi itu kepada mata pencarian sampingannya dengan sekeping kad dijual pada harga hanya RM5.

Menjadikan Internet sebagai perantara untuk berhubung dengan pelanggan, Saza bagaimanapun mengaku tidak mengambil banyak untung daripada kad yang dijual kerana baginya, kepuasan adalah lebih utama.

Bagi anda yang mahu berkongsi minat dengan Saza, layari laman web www.shareyourlovewithcards.blogspot.com untuk melihat koleksi hasil tangannya yang dihasilkan secara eksklusif setiap satu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.