saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 17/12/2009

Seni comel dari kain felt


kanak-kanak seronok meluahkan kreativiti mereka dengan menjahit jahitan kain felt.


MEMANFAATKAN cuti sekolah dengan pelbagai perkara berfaedah memang amat digalakkan. Dari membuang masa menonton televisyen, berpeleseran di pusat-pusat membeli belah, lebih baik dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang minda setelah bercuti terlalu lama.

Lazimnya ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka menghadiri perkhemahan motivasi dan tidak kurang juga yang mendaftarkan diri di kelas-kelas kemahiran untuk menambah kebolehan anak-anak. Jika dicari memang banyak bengkel atau perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan serta agensi swasta. Sebagai ibu bapa hanya perlu memilih apakah yang terbaik untuk anak-anak yang boleh dimanfaatkan untuk jangka masa yang lebih lama.

Mencari bengkel yang sesuai terutama untuk anak perempuan bukanlah sukar. Seni jahitan kain felt umpamanya dapat memberi anak-anak peluang meluahkan kreativiti mereka menjahit dan yang lebih penting memupuk minat terhadap seni jahitan yang mempunyai banyak faedahnya.

Seni jahitan kain felt memang sesuatu yang baru di Malaysia. Melihatkan kepada hasilnya, penulis pasti ia mampu menjadi satu trend bukan saja untuk kanak-kanak dan remaja perempuan malah tidak mustahil ibu-ibu di luar sana juga boleh memanfaatkannya mengikut kreativiti masing-masing.

Mengikut sejarah, seni ini telah bermula di Jepun dan seiring perkembangan globalisasi dunia tanpa sempadan, ia telah berkembang pesat hinggalah ke Malaysia. Salah seorang individu yang terlibat dengan seni ini sejak awal dulu ialah Roslina Zakaria, seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai bakat dan minat mendalam terhadap seni ini.

"Saya dapati seni kain felt ini memang sesuatu yang menarik dan cantik. Tambah mengujakan, proses pembuatannya mudah dan tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkannya," katanya yang belajar menerusi buku-buku terbitan dari negara Jepun, Taiwan dan Internet.

Roslina yang ditemui di bengkel jahitan seni kain felt di Kajang Prima baru-baru ini berkata, setelah mendalami seni ini selama lebih kurang setahun, beliau telah menemukan teknik mudah yang mana ia juga boleh dilakukan oleh kanak-kanak.

"Seni kain felt ini kita tahu memang comel, antara yang saya pernah hasilkan termasuklah sepit rambut, rantai kunci, penanda buku, kesemua ini memang menjadi item peribadi setiap kanak-kanak sekolah.

"Jika kita ajarkan seni ini pada mereka, mereka akan bebas meluahkan bakat atau apa jua motif yang mereka mahukan sekali gus mengasah minda mereka untuk menjadi insan kreatif. Dan tidak mustahil juga satu hari mereka boleh menambah pendapatan sampingan terutama ketika cuti sekolah," tambah ibu kepada enam cahaya mata ini penuh teruja.

Buktinya, dua anak perempuan Roslina, Nur Fatihah Atikah Mohd Rashdan, 11, dan Nur Qamarina Miza, 8, kini telah mahir menjahit seni kain felt dan mereka juga bebas membentuk motif kegemaran seperti buah strawberi dan bentuk hati untuk dilekatkan pada seluar jeans atau apa-apa aksesori lain.

Roslina menambah, seni ini juga sebenarnya boleh diolah menjadi sesuatu yang menarik jika ia ditampal pada bantal, cadar, sebagai hantaran perkahwinan dan sebagainya.

Roslina yang kini bergelar tenaga pengajar seni kain felt mengorak langkah dengan menubuhkan bengkel seni jahitan ini bagi sesiapa yang berminat. Justeru, anak-anak anda yang masih tercari-cari apa aktiviti yang paling sesuai dilakukan pada musim cuti ini sertailah bengkel seni jahitan kain felt yang akan diadakan pada 20 dan 21 Disember ini bertempat di Annabella House of Therapy di Kajang Prima, Selangor. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-2365604.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.