saya nak baca ..

PDF: Laporan penuh Kajian Separuh Penggal RMK-9 (40MB)

RM160b biayai projek rakyat
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan akan memperuntukan RM160 bilion untuk projek berteraskan rakyat yang bakal memberikan pelbagai manfaat serta meningkatkan taraf hidup masyarakat dalam tempoh baki Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9) 2006-2010.

Masa nilai semula keutamaan negara
KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9) merupakan masa yang sesuai bagi kerajaan menilai semula keutamaan negara kerana ia digubal dalam persekitaran operasi yang amat mencabar.

KDNK: Malaysia jangka catat 6% setahun
KUALA LUMPUR 26 Jun - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar dijangka berkembang sebanyak enam peratus setahun pada 2008 hingga 2010.

Defisit fiskal kekal 3.2%
KUALA LUMPUR 26 Jun - Defisit fiskal dijangka kekal pada 3.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2010, seiring dengan langkah kerajaan yang akan terus mengamalkan pengurusan fiskal berhemat.

Pelan induk pengangkutan dirangka
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan akan merangka pelan induk pengangkutan sebagai panduan kepada pembangunan rangkaian infrastruktur yang lebih komprehensif serta mewujudkan pelbagai kaedah sistem pengangkutan pelbagai yang bersepadu.

Sistem penarafan IPTA akan dilaksanakan
KUALA LUMPUR 26 Jun - Sistem penarafan akan dilaksana di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi membolehkan kualiti dan daya saing IPTA diukur.

Perkhidmatan penyampaian
bertambah mantap

KUALA LUMPUR 26 Jun - Proses perkhidmatan pelbagai agensi akan dikaji semula, direkayasa dan diperkemas bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap.

Penduduk Malaysia 28.24 juta pada akhir RMK-9
KUALA LUMPUR 26 Jun - Malaysia dijangka mempunyai penduduk seramai 28.24 juta orang di akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2010, pertumbuhan sebanyak 1.2 peratus.

Inflasi 2.8% untuk dua tahun
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kadar inflasi kasar dalam meningkat sebanyak 2.8 peratus setahun dalam tempoh 2006 hingga 2007.

Program khas tingkat ekonomi bumiputera diwujudkan
KUALA LUMPUR 26 Jun - Satu program pakej khas akan diwujudkan bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi, terutama dalam sektor pertumbuhan baru dan sektor bernilai tambah yang tinggi.

Pembangunan tanah wakaf diperluas
KUALA LUMPUR 26 Jun - Pembangunan aset komersial seperti hotel dan premis perniagaan di atas tanah wakaf akan diperluas bagi meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan bumiputera.

Lebih banyak Medan Info Desa, Pusat Internet Desa dibina
KUALA LUMPUR 26 Jun - Lebih banyak Medan Info Desa dan Pusat Internet Desa di kawasan luar bandar akan dibina dan dinaik taraf.

Rangka kerja, kawal selia institusi diperkemas
KUALA LUMPUR 26 Jun - Rangka kerja dan kawal selia institusi akan diperkemaskan bagi menyokong aktiviti pembangunan yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9).

Kerajaan kaji opsyen tangani kenaikan kos perubatan
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan akan mengkaji opsyen untuk menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan bagi memastikan ia boleh diakses, mampu diperoleh dan sesuai untuk keperluan hidup.

Liputan bekalan elektrik, air ditingkatkan
KUALA LUMPUR 26 Jun_ Liputan elektrik di luar bandar di Sabah dijangka meningkat kepada 82.6 peratus dan Sarawak pula sebanyak 93.2 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Produk, khidmat dipromosi intensif
KUALA LUMPUR 26 Jun - Produk dan perkhidmatan Malaysia akan dipromosi secara intensif ke pasaran baru di Afrika, Asia Barat dan Asia Selatan, Kesatuan Eropah serta ASEAN.

Kemajuan K-ekonomi dipantau
KUALA LUMPUR 26 Jun - Indeks pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan K-ekonomi) diguna untuk memantau kemajuan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

Program susun semula dipercepat
KUALA LUMPUR 26 Jun - Program berkaitan penyusunan semula guna tenaga dan hak milik, khususnya untuk bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak, komuniti India dan kumpulan minoriti, akan dipercepatkan supaya semua kumpulan itu mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.

Pemantauan program MPPB dipergiat
KUALA LUMPUR 26 Jun - Pemantauan program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) akan dipergiat bagi memastikan pelaksanaan dan penyelarasannya berkesan.

60,000 anggota polis tambahan diambil
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan akan mempergiatkan pengambilan tambahan anggota polis untuk mencapai angka 60,000 anggota menjelang 2012.

Undang-undang urus niaga elektronik dikaji semula
KUALA LUMPUR 26 Jun - Undang- undang berkaitan keselamatan maklumat urus niaga elektronik akan dikaji semula bagi memastikan kesempurnaan dan kesesuaiannya.

Pusat Cemerlang Kepelbagaian Biologi ditubuh
KUALA LUMPUR 26 Jun - Pusat Kecemerlangan Undang-Undang Kepelbagaian Biologi akan ditubuhkan untuk meningkatkan keupayaan dalam isu perundangan berkaitan kepelbagaian biologi, bioteknologi dan biokeselamatan.

Sekilas
Lebih banyak pusat jagaan KERAJAAN akan membina lebih banyak pusat penjagaan komuniti bagi kanak kanak dalam usaha membantu mengurangkan kos penjagaan di kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Kongsi Konten di :
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.