saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/01/1998

Lemon T sangkal kenyataan Saari

KUMPULAN Lemon T menaruh harapan supaya komposer Saari Amri tidak 'mengheret' mereka untuk terlibat sama dalam kemelut yang melanda antara komposer itu bersama syarikat Mekar Production (MP).

Kenyataan Saari mengatakan kumpulan Lemon T menggunakan lagu ciptaannya tanpa keizinan adalah tidak benar dan mereka berharap agar komposer itu berhenti daripada membuat kenyataan yang boleh menjejaskan nama baik mana-mana pihak.

Menurut pihak syarikat rakaman naungan Lemon T, MP, tidak timbul persoalan menggunakan lagu komposer itu tanpa keizinan kerana Saari telah menyatakan persetujuannya untuk menyerahkan sembilan lagu ciptaannya kepada Lemon T.

Di waktu yang sama, Saari memohon agar MP menyerahkan lagu 'Cendikiawan Tak Mungkin Menyintai Seniman' yang dicipta untuk kumpulan Umbrella bagi dimuatkan ke dalam album kumpulan Scan.

Pihak MP telah bersetuju meskipun ketika itu, Umbrella telahpun siap merakamkan lagu tersebut untuk album kedua mereka 'Hujan Panas'.

''Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dan tidak mahu mana-mana pihak berkecil hati. Sebagai artis baru mencipta nama, kami bangga mendapat karya komposer ternama sepertinya dan kami juga mengharapkan restu daripada Saari untuk berjaya dengan album ini,'' jelas kumpulan ini.

Jelas mereka, meskipun Saari tidak lagi bersama MP, mereka amat yakin dengan kekuatan lagu serta melodi yang indah ciptaan komposer tersebut dan menganggap semua sumbangan Saari sebagai azimat dan dorongan yang begitu bermakna sekali bagi artis baru seperti mereka.

Melalui album kumpulan Lemon T juga, Saari Amri, mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya menyumbangkan lagu paling banyak di dalam sebuah album.

Album kumpulan ini yang memakai judul 'Langkah Kanan' menampilkan sembilan lagu ciptaan komposer itu yang mana kesemuanya ciptaan terakhir Saari sebelum ditimpa kemalangan jalanraya tahun lalu.

Lagu-lagu tersebut dicipta khas untuk kumpulan Lemon T yang sebelum ini mahu dijadikan sebagai U.K's baru selepas U.K's lama dibubarkan.

Lemon T dianggotai oleh lima anak muda iaitu Amir (vokalis), Razali (bass), Poji (gitar), Jali (drum) dan Angah (gitar).

Antara lagu popular yang semakin mendapat tempat di hati peminat ialah Kekasihku Di Ambil Orang dan Kerana Janji.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.