saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/01/1998

Gaya Zakry mahu muncul kembali


GAYA ZAKRY.


GAYA Zakry pernah popular dengan lagu Derita Hati Ku Tanggung Sendiri ketika kemunculannya pada awal 80-an.

Penyanyi bersuara serak ini bagaimanapun berhenti menyanyi dan menumpukan pada pekerjaannya.

Kini, Gaya bersedia kembali semula mewarnai industri muzik tanah air setelah melihat kemunculan penyanyi angkatan lama sepertinya diterima oleh peminat remaja.

Penerimaan peminat terhadap album Sukma Rindu-Rindu Bayangan yang mengatasi jualan album penyanyi masa kini menambahkan keyakinan Gaya bahawa masih banyak peminat penyanyi 70-an.

Album itu dijual melebihi 50,000 unit dalam masa sebulan di pasaran. Itu adalah sambutan yang menggalakkan bagi album sedemikian apatah lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi pada masa ini.

Namun, Gaya yang kepingin untuk merakamkan album semula itu mengharapkan tawaran daripada mana-mana syarikat rakaman.

''Saya sebenarnya terkejut apabila mengetahui album tersebut mendapat tempat di hati peminat,'' katanya yang menyepi lebih 10 tahun setelah menghasilkan tiga buah album.

Gaya juga berkata, semasa dia mula menyanyi di awal tahun 80-an dulu, keadaan ekonomi negara agak merosot dan dia tidak mempunyai pekerjaan selain menyanyi. Apabila ekonomi pulih, dia mula bekerja dan meninggalkan bidang nyanyian.

''Secara kebetulan, kini saya muncul semula ketika keadaan ekonomi sedang meruncing,'' kata Gaya mengenai kemunculannya semula dalam bidang seni suara itu.

Walaupun telah lama tidak menyanyi, Gaya masih lagi mengikuti perkembangan penyanyi tempatan dan dia menyifatkan banyak penyanyi angkatan baru yang baik mutu vokal.

Dia yang mempunyai pekerjaan tetap di sebuah firma di ibu kota itu tidak berhasrat berhenti kerja sekiranya muncul semula sebagai penyanyi secara aktif.

''Sebagai penyanyi, kerja saya yang hanya memerlukan komitmen pada sebelah siang sahaja dan tidak menganggu kerana kebanyakan aktiviti nyanyian tertumpu pada waktu malam,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.