saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/01/1998

Lemon-T gembira dapat sentuhan Saari Amri


LEMON-T terharu mendapat kepercayaan Saari Amri..


SETIAP kali menemu bual kumpulan muzik baru pastinya mereka akan menyuarakan rasa bangga mereka jika dapat menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer terkenal.

Bagi mereka, sumbangan komposer terkenal dalam album mereka bukan sekadar memberi peluang kepada mereka untuk memancing halwa telinga pendengar tetapi juga dapat memperkenalkan nama mereka di persada seni tanah air.

Demikian juga halnya yang berlaku dengan kumpulan Lemon-T yang kini popular dengan lagu Kekasihku Diambil Orang.

Sebagai kumpulan muzik baru, mereka bertuah kerana mene-rima sembilan buah lagu ciptaan komposer terkenal Saari Amri untuk dimuatkan dalam album sulung mereka edaran syarikat rakaman EMI.

Lemon-T artis Mekar Productions Sdn. Bhd., menganggap peluang itu sebagai satu penghargaan yang tinggi buat mereka. Dianggotai oleh Amir (vokalis), Razali (bass), Poji (gitar), Jali (deram) dan Angah (gitar) menjadikan lagu-lagu sentuhan Saari itu sebagai azimat untuk mereka memikat hati pencinta muzik tanah air.

"Kami dapat rasakan lagu-lagu yang dibekalkan oleh Saari sebagai dorongan yang cukup bermakna dan memohon agar peminat terus menyokong pembabitan kami dalam bidang seni,'' ujar mereka lagi. Meskipun mendapat sentuhan komposer terkenal, namun anggota Lemon-T memberitahu, mereka juga perlu membuktikan kemampuan mereka sewaktu mengadakan persembahan.

Kumpulan ini sedar, tidak ada gunanya mereka menerima lagu-lagu hebat ciptaan komposer terkenal jika mereka tidak punya kemampuan mengadakan persembahan secara live.

Justeru itu, kumpulan itu sentiasa meningkatkan sesi latihan bagi memastikan kemunculan mereka di khalayak tidak akan mengecewakan peminat seni.

"Bagi kami peminat adalah segala-galanya kerana tanpa mereka sukar bagi artis itu untuk bertapak dalam industri muzik,'' kata mereka lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.