saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 13/01/1998

Lebih 600 pemain cuba nasib bersama Polis

LEBIH 600 pemain termasuk dari pasukan Liga Perdana hadir minggu lepas menjalani ujian terbuka skuad Polis yang kembali beraksi dalam bola sepak Liga Malaysia selepas tiga tahun.

Antara pemain Liga Perdana yang hadir menjalani ujian selama tiga hari itu ialah bekas pemain Kedah, Manja Man, bekas pemain Melaka, K. Olaga Shanker dan Mior Mohd. Nadir Mohd. Yusof serta bekas pemain Terengganu, Wee Lynn Kirk.

Selain itu, 10 pemain dari beberapa negara Afrika turut menguji nasib masing-masing dalam pasukan itu.

Jurulatih Polis, Bahwandi Hiralal berkata, 15 pemain telah disenaraikan dalam pasukan itu untuk musim ini tetapi sama ada mereka akan diserapkan ke dalam pasukan bergantung kepada rayuannya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Polis, yang bertanding dalam Liga Perdana Dua musim ini bersama lapan pasukan lain, dikehendaki mempunyai enam pemain kontrak, tetapi mereka berharap untuk mengurangkannya dan akan merayu kepada FAM.

Bahwandi berkata selain dari 15 pemain itu, terdapat 20 lagi pemain pasukan yang tewas pada separuh akhir Piala FAM tahun lepas sementara satu lagi ujian akan diadakan untuk memilih pemain di kalangan anggota polis sendiri.

''Kita mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan pemain untuk pasukan...tidak perlu tergesa-gesa kerana kami boleh mendaftar pemain sehingga 22 Mei. Kami berharap dapat majoriti pemain di kalangan anggota polis,'' katanya.

Bahwandi berkata beliau juga akan cuba mendapatkan pemain pada kejohanan antara negeri Piala Bardhan yang bermula semalam.

Polis dijangka menguji pemain-pemain mereka pada satu perlawanan persahabatan dengan Melaka pada 20 Januari ini dan juga pada Piala Emas Raja-Raja bulan depan.

Mengenai pemain import, Bahwandi berkata mereka mengekalkan pemain Nigeria, Opey Mast tetapi dua lagi kekosongan masih belum ditentukan.

Setiausaha Eksekutif FA, Ketua Inspektor J.G. Raj berkata, mereka telah menulis surat kepada Mast dan sedang menunggu jawapan darinya.

''Tetapi kami tidak pasti sama ada beliau (Mast) akan menerima tawaran itu. Tawaran dibuat dalam ringgit Malaysia dan mungkin ini tidak menarik baginya memandangkan penurunan nilai ringgit,'' katanya.

Oleh kerana kewangan yang terhad, Bahwandi berkata pasukan itu akan terus membuat persediaan dalam negara dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan Liga Perdana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.