saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/01/1998

S.Jibeng masih mencari sinar


S. JIBENG.


POPULARITI lagu 'Musafir Di Aidilfitri' dendangan penyanyi S.Jibeng masih bertahan walaupun semakin banyak lagu hari raya ciptaan baru didendangkan oleh artis tempatan.

Seperti lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang mengusik jiwa anak rantau, Musafir di Aidilfitri juga begitu menyentuh apabila mendengarnya.

Mungkin lagu itu juga sebahagian daripada rintihan penyanyi veteran S.Jibeng yang sehingga kini masih mencari sinar mengikut caranya sendiri.

Seperti katanya sewaktu ditemui di FINAS baru-baru ini, apa sahaja yang telah dilakukannya selama ini hanyalah didorong oleh perasaan dan dirinya sendiri. Nasibnya tidak seperti kebanyakan penyanyi lain yang mendapat dorongan banyak pihak.

''Saya jarang mendapat sokongan pihak lain terutamanya dalam bidang nyanyian. Mungkin inilah bakat yang dianugerahkan Allah kepada saya dan saya lakukannya,'' ujar penyanyi yang popular dengan lagu Inai Di Jari ini.

Sedikit masa dahulu, Utusan pernah menyiarkan kisah S.Jibeng yang menjadi penyanyi jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Namun sewaktu ditemui baru-baru ini, katanya, dia tidak lagi bekerja.

Sekarang ini, S.Jibeng tinggal bersama isterinya di Larkin, Johor. Jika ada undangan menyanyi, dia tidak menolak kerana hanya itulah punca pendapatannya sekarang.

Kesusahan hidup penyanyi ini pernah mendapat perhatian daripada penyanyi M.Shariff yang merakamkan sebuah album membantu artis-artis veteran yang memerlukan iaitu album Masih Ada Yang Sayang.

Dalam usia menjangkau 55 tahun dan keadaan dirinya yang semakin kurang sihat, S.Jibeng tetap menguatkan semangatnya untuk terus menyanyi.

S.Jibeng memberitahu, dirinya sudah sebati dengan bidang nyanyian selain menjadikannya sebagai sumber rezeki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.