saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/01/1998

Lagu nostalgia 70-an dan 80-an

Pasti sesetengah peminat sukar untuk mendapatkan lagu-lagu dendangan kumpulan popular sekitar tahun 70-an dan 80-an seperti Sweet Charity, Flybaits, The Unwanted digabungkan dalam sebuah album.

Walaupun zaman kegemilangan bagi kumpulan-kumpulan tersebut sudah pun berakhir, lagu-lagu dendangan mereka seperti Jangan Lama Lama, Hingga Akhir Nanti, Masih Ada Rindu dan banyak lagi diminati ramai dan popular hingga hari ini.

Begitu pun, bukan sahaja pendengar daripada golongan veteran yang meminati lagu-lagu tersebut, bahkan lagu-lagu nyanyian kumpulan ini turut mendapat tempat di hati generasi muda.

Menyedari perkara itu, Life Records telah mengambil satu inisiatif untuk menggabungkan lagu-lagu popular di sekitar tahun tersebut untuk dimuatkan di dalam sebuah album.

Album Nostalgia Emas ini menampilkan 16 buah lagu yang pernah popular di sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Album ini dijangka dapat mengimbau nostalgia silam terutama bagi sesetengah golongan yang dibesarkan dengan lagu-lagu tersebut. Ia juga bakal memberi kepuasan kepada pendengar kerana dapat mengenang kembali ketika zaman kegemilangan kumpulan pujaan mereka ketika itu.

Album Nostalgia Emas ini telah pun berada di pasaran pada pertengahan Disember lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebanyak 16 lagu dimuatkan dalam album ini iaitu di muka pertama ialah Apo Nak Di Kato, nyanyian Blues Gang, Kau Kurindukan (Gingerbread), Masih Ada Rindu (The Unwanted), Keindahan Alam (Flybaits), Semalam Di Malaysia (D'Llyod), Biarku Menjadi Lilin (Pelangi), Kau Bagai Lautan (Black Dog Bone) dan Fahamilah Hatiku (Point Blank).

Di muka kedua pula ialah Berilah Ku Satu Tanda, Nasib Malang (Kalibers), Oh! Adinda Sayang (The Mercy's), Sesaat Kau Hadir (Heavy Machine), Boss, Boss, Boss (Santino), Apa Khabar Kawan Lama (Wheels), Jangan Lama Lama (Sweet Charity) dan Hingga Akhir Nanti (Alleycats).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.