saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/1998

3 Gees mahu lupakan Genuine


3 GEES mahu lupakan kisah lama.


PEMBUBARAN kumpulan Genuine tidak pernah melemahkan semangat tiga gadis manis anggota kumpulan itu untuk terus bersara dari dunia seni.

Sebaliknya, kegagalan Genuine memikat hati peminat muzik bagaikan satu cabaran bagi Yanty, Atie dan Adyani untuk membuktikan bahawa mereka tetap berbisa.

Sehubungan itu, bersama syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. ketiga-tiga gadis ini diberi keyakinan untuk memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap bakat seni yang dimiliki.

Produk sulung kumpulan ini yang berjudul 3 GEES yang menampilkan konsep dance music merupakan pertaruhan terbesar kumpulan itu di persada seni.

Album ini juga merupakan kesinambungan album terdahulu kumpulan itu ketika bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman Happy Records. Ketika itu 3 Gees yang dikenali dengan nama Genuine popular dengan lagu Saujana.

''Kami mahu lupakan kisah lama dan mulakan hidup dengan cerita baru dan album ini merupakan pertaruhan terbesar kerana ia menampilkan muzik yang lebih advance dan mencabar kewibawaan kami,'' ujar ketiga-tiga mereka ketika ditemui baru-baru ini.

Album yang mula berada di pasaran hampir dua bulan dahulu kini terus mendapat sambutan hebat daripada peminat setia muzik Melayu.

3 Gees selain serius sebagai artis rakaman, mereka juga tidak ketinggalan daripada melibatkan diri sebagai penyanyi latar dan pernah menimba pengalaman bekerja dengan penghibur terkenal Aishah, Nora dan Siti Nurhaliza.

Bagi 3 Gees, pengalaman sebagai penyanyi latar banyak membantu mereka dalam soal meningkatkan tahap kemampuan menyanyi terutama ketika berdepan di khalayak ramai.

''Inilah satu kelebihan sebagai penyanyi latar. Banyak perkara yang boleh kami pelajari terutamanya penyanyi berpengalaman seperti Aishah banyak memberi ilmu baru kepada kami.

''Kami juga tidak malu melakukan kerja-kerja di belakang tabir kerana penyanyi latar kini tidak kurang pentingnya dalam industri muzik tempatan,'' kata mereka lagi.

Ditanya sama ada penglibatan mereka sebagai penyanyi latar tidak menjejaskan populariti mereka sebagai artis rakaman, 3 Gees menjelaskan, terpulang kepada masyarakat untuk menentukannya. ''Apa yang kami tahu ialah tugas penyanyi latar amat penting dan kami tidak pernah melihat itu sebagai satu masalah besar sehingga menyebabkan populariti kami menurun,'' tegas mereka lagi.

Kepada peminat 3 Gees yang belum mendapatkan album mereka, jangan lupa untuk menilai sejauh mana kemampuan kumpulan itu dalam album yang memuatkan lagu-lagu seperti Bang Pilih Bang, Bergadang, Bulan Terang dan lain-lain lagi. - DEAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.